Sym vts 200

Wajarkah Dego Ride diharamkan di Malaysia? Ummi sokong jer perkhidmatan ini, sebab sangat sesuai untuk di amalkan di KL ini. Jimat kot.

dego ride wanita di KL

Kalau kat KL ini bijak jer mesti dapat untung. Cuma kehendak jer nak atau tak nak? Contoh uber, mereka pergi jauh-jauh. Dan lumayan ikut masa. Sangat berguna bagi pengguna nak pergi lebih jauh dan nak lebih selesa.

Dego Ride Wanita di KL

Alah, baru ingat nak join. Orang balik kerja jam 5 petang , ramai nak pergi ke KL Stesen dan juga area berdekatan. Nampak tak? Boleh jana duit… masyuk. Wanita yang selalu berjalan kaki, boleh lebih jimat masa nak berkejar train.

Bab keselamatan, kat mana-mana pun sama. Biasa juga tumpangkan orang, taoi free of charge, lepas ni boleh la kenakan sikit tambang. Boleh buat duit poket cover minyak motor.

Sym vts 200

Eh, Uols yang baca ini percaya ke Ummi nak join Dego Ride? hahaha, kalau tak diharamkan apa salahnya betul kan? Pagi-pagi jam 6.30 pagi ,keluar pergi kerja. Sampai area KL dalam jam 7.10 pagi. Sebelum jam 8.00 pagi sempat lagi beberapa trip. Dego ride kan… mestilah cepat jer menyelit.

Perbualan di satu group :

Servis dego Umminani 3km Rm2.5 , klang valley.

Motor :Sym 200 tahun 2016
Call wassap 012 4430338 Booking awal 👍

Menunggang selamat, selamat sampai.😆😆

Jangan tak percaya, cubaan Ummi mendapat permintaan tau. Dan kat bawah pula Ummi buat kiraan ringkas pendapatan Dego Ride.

Rm2.5 1 trip, 4x Rm10.00, kalau 8x Rm20.00 Cover duit minyak 3 hari p kerja.💵💵💵💰💰

Nampak kan, demand dan supply? Dunia makin maju. Ramai yang inginkan pergerakkan pantas dan cepat. Sebab itu apa sahaja yang ditawarkan ada sahaja permintaan.

Kelebihan Dego Ride Di KL

Menjimatkan masa sebab mudah menyelit

Menjimatkan kos sewa teksi konversional

Jimat duit bayar parking jika bergerak dengan kereta. Ada lokasi per entry Rm3-Rm5. Urusan hanya makan masa 10minit. Jadi nampak kan betapa jimatnya menaiki motor?

Kekurangan Dego Ride

Tiada jaminan keselamatan.

Panas berbanding dengan menaiki uber dan teksi.

Apa pun harap kerajaan mengkaji lebih dalam Dego Ride di KL. Ummi sokong jer kalau ada. Contoh dari pejabat nak ke PWTC, agak sesak menaiki kereta. Sebab tu Ummi suka menunggang motorsikal.

Jadi, menarik kalau lepas ni DEGO RIDE dibenarkan di KL. Hari Jumaat tengahari amat berguna, ramai orang perempuan nak pergi shopping kat SOGO …hahaha masalah kan peluang.

Jadi apa pilihan uols kalau kat KL?

 

 

 

 

3 thoughts on “Wajarkah Dego Ride diharamkan?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *