Hari ini last day bercuti untuk berehat selepas cuti sempena Kak Der dan Kak Cik anak pengasuh nak bertunang serta Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari di De Rhu Beach Resort baru-baru ini. Dah plan awal hari Rabu Mr Suami balik kerja nak pergi pasar. Jadi, memang menunggu la si dia balik untuk kami ke Pasar Sari Pekan Beranang.
Sebab kan masih awal pagi, maka kami pilih untuk breakfast dulu. Kami pilih satu gerai kecil untuk tengok apa makanan best kat sini. Di Pasar Sari Beranang ini, pasarnya pada hari Rabu dan Ahad. Menu kami pagi ini, lontong RM4.00, bihun sup RM4.00 dan air teh o panas . Ummi bungkuskan Along laksa 1 bungkus. Ummi pula beli kat pasar putu mayam. Fuh terasa macam di kampung sangat.
Kalau kat Perlis, nat Sabtu dan Rabu yang meriah macam ini. Nat tu pasarlah, lorat Perlis. Heheheh , ni yang mai nak cakap lorat Perlis ini, sebab jiwa ni meronta dah teringat-ingat kat kampung.
Ikan Air Tawar di Pasar Sari Pekan Beranang
Di Pasar Sari Pekan Beranang banyak jual ikan daratatau ikan air tawar. Ummi heran juga, nak katakan banyak sungai tak banyak, tapi ikan putih, ikan talapia dan haruan ada di jual disini. Heran juga mana mai ikan ini semua. Kalau kat Perlis tahulah sebab banyak sawah padi. Nanti nak beli ikan haruan la pulak. Tadi nak beli dah banyak ikan dan daging kat rumah. Tadi beli jantung pisang yang kecil RM2.00 sebiji.
Mr Suami pula dah mengidam nak makan ayam kampung . Ayam kampung ini dijual seekor RM15.00 dan dah siap potong. Permintaan suami kesayangan untuk buat ayam goreng sahaja sebab nak makan dengan ulam-ulaman.
Ummi tadi beli tempoyak 1 bekas RM30.00 dalam satu bekas kuih yang tinggi. Kiranya boleh la nak buat banyak kali atau lepas ini nak beli ikan air tawar nak masak tempoyak masih boleh digunakan.
Resepi Tempoyak Gaya Ummi:
Cili hijau dan merah campur
Bawang Merah 10 biji
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Caranya: Ummi blendkan cili merah dan hijau dengan bawang merah kecil dan masukkan garam dan gula. Lepas dah hancur sikit, keluarkan dan gaul dengan tempoyak. Dah siap…mudah jer kan.. 🙂
Mr suami makan dengan penuh semangat. Kami ni jarang dpaat makan sama-sama tahun ini. Jadi nak makan dengan tenang dan bersama berdua, kenalah cuti dan enjoy lunch. Kalau anak-anak ada, ambik faham lah situasi di meja makan bagaimana kan.. Sorang nak itu, sorang nak ini.. huhuu memang mak nya makan bagi masuk perut jer la.. feel letak belakang. Heheeh kalau mai Beranang, ingat tau, hari Rabu dan Ahad singgah sini. Bye
Sedapnya kalau makan macamni! boleh tambah berpinggan-pinggan even makanan simple ja hehe