Ummi pernah terbaca dulu-dulu pasal seorang mama yang ada kembar 3. Masa tu taklah aktif pun blog, sekadar baca dan baca. Dah hilang ingatan tahun bila. Mama kembar tiga ini memang ada anak lelaki berusia 9 tahun dan ketiga-tiga mereka adalah kembar.
Jika ikut blog mamakembartiga.com , dapatlah tengok aksi mereka bertiga dari kecil sampai la kini dah 9 tahun. Masing-masing ada karenah sendiri. Ummi pasti mama dengan abah mereka ada story lagi menarik bagaimana nak jaga bertiga sekali gus semasa mengandung, melahirkan sehinggalah kini mereka dah besar.
Yang menarik, mama menjaga mereka bertiga sekali gus tanpa bibik. Semua nya di lakukan sendiri bersama suami tercinta. Kita jika baca blog sekarang maybe tak boleh nak rasa sangat kepenatan itu macamana melainkan baca story dan dengar sendiri daripada mama. Eh, mana tau nanti one day mama bukukan cerita ini. Yer la buku non-fiksyen siapa pun boleh tuliskan.. No wonder!
Perkenalan dengan Mama Kembar Tiga
Ummi kenal mama masa 1st time pergi satu event SSPN-i Plus di Pullman BANGSAR. kali pertama berjumpa , tapi mama mesra dan memang baik hati. Tak hiaran la mama boleh tackle ketiga-tiga kembar dengan baik. Mama juga bukan sahaja bekerja malah ada membuat business online. Nak tahu kena klik instagram mama : mamakembartiga
Baru-baru ini kami berjumpa lagi dalam 1 event Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari di De Rhu Beach Resort. Nak tahu, kali ini bukan sahaja Ummi dengan Mama jer yang berkawan, tapi…. kembar tiga dan juga Along, Angah dan Sarah menjadi kawan juga. Dah macam keluarga besar. Tak ingat mana satu kembar antara Fahmi , Faris dan Fauzi , salah seorang sukakan adik Zakkir. Suka melayan, bagus.
Siapa yang ada anak kembar atau anak yang setahun seorang boleh la menuntut ilmu mengasuh dan tackle hati anak dengan mama. Banyak rahsia menjaga anak yang mama boleh share. Boleh cari FB mama : Nani Zati. Selamat berkenalan dengan mama kembar tiga.
Huwaaa terharunya aii. Thank u ummi Tapi i bukan super parenting model, mak biasa biasa saja
Layak apa… hehe
super awesome mom!
bestnya tengok reaksi anak-anak kembar 3 ni… Bilalah ada rezeki nak dapat anak kembar… 😉
Kak nani hebat tauu.. respect..
Suka tengok 3 kembar tu, cepat mesra dengan semua orang.