SIMPANAN SSPN i PLUS DAN CARA MEMOHON
Simpanan SSPN i Plus amatlah menguntungkan, kerana disebalik simpanan kita, ada juga penyelamat iaitu takaful. Selain itu banyak manfaat lain. Kali ini Ummi berikan cara memohon secara online dengan lebih mudah dan menjimatkan masa serta tenaga. Ikutan daripada posting Ummi sebelum ini : Manfaat SSPN i Plus
Ini adalah manfaat-manfaat lain :
- Murah giler – RM1 ja sehari untuk bermula menabung. Sebulan cukup RM30 terus bank in masuk dalam akaun SSPN-i Plus.
- Halal –SSPN-iPLUS adalah patut syariah dan pastinya halal kan. Tanpa kita perlu risau lagi , Insyaallah dengan Izin-nya SSPN-iPlus menjamin masa depan anak-anak kita.
- Disertakan dengan Takaful – Sambil kita menyimpan kita juga akan di cover insurans, yang mana ianya adalah berkuat kuasa serta merta. SSPN-i Plus tak perlu medical check up untuk melayakkan mendapat perlindungan insurans sehingga RM1 juta.
- Proses mudah – Senang ja nak buka akaun SSPN-i Plus melalui online sahaja. Tidak perlu ke kaunter, bayar tol, minyak dan paling menyedihkan jika di KL parking pun kena bayarkan 🙂
- Pengecualian Cukai – Cukai pun dapat pelepasan sebanyak RM12,000 daripada hasil pendapatan. Untung kan?
- Mudah dapat pinjaman – Siapa yang daftar SSPN-i Plus, serta merta layak untuk memohon pinjaman PTPTN.
- Dividen – Dividen sehingga 4.6% setahun. Masyaallah tinggi jika dibandingkan dengan bank comercial lain.
- Dan ianya juga terdapat perlindungan Khairat Kematian. Alhamdullillah.
Disini ada maklumat untuk yang berminat : KLIK GAMBAR
Untungnya sebab SSPN-i Plus ini memberikan perlindungan serta merta. Jadi mana nak dapat kan jika kita bandingkan dengan lain-lain tempat untuk depositkan RM kita. SSPN-i Plus memberikan sangat banyak manfaat.
MasyaAllah , memang beruntung. DENGAN ADA AKAUN SSPN i Plus boleh memohon untuk PTPTN .
Atas kesedaran dan manfaat yang di berikan makanya ramai yang menyambil peluang untuk menabung dengan SSPN-i PLUS. Tak percaya? Jom tengok gambar-gambar di bawah :
So, apa yang dilihat tu pasti rasa nak tahu dan tak sabar nak mendaftar kan? Ummi sediakan cara mendaftar. Mudah jer, klik jer sendiri dan buat secara online.
PERSEDIAAN SEBELUM MENDAFTAR ONLINE SIMPANAN SSPN i PLUS :
Kad pengenalan pendeposit dan anak-anak:
Disini kad pengenalan ibu dan ayah perlu untuk rekod. Dan kad pengenalan anak-anak adalah penerima manfaat daripada SSPN-i PLUS ini. Mudah sangat bila ada kad pengenalan , boleh semak dan rujuk dengan betul semasa proses nak isi.
MAYBANK2u :
Lebih mudah jika ada Maybank2u. Bank lain adalah Hong Leong Bank..opss sorry Ummi tak famili guna Hong Leong Bank. Maybank2u untuk kita terus buat bayaran selepas pengisian maklumat pada step 1 dan 2. Disini untuk mendaftar : SSPN-i Plus
LINE TELEFON :
Line telefon bukan nak guna untuk telefon sesiapa, tapi penting untuk dapatkan TAG NUMBER semasa tansaksi MAYBANK2u
EMAIL :
Email sangat penting untuk pihak SSPN-iPLUS send details pembayaran setelah bayaran berjaya di lakukan. So bagilah alamat email yang betul semasa proses pengisian maklumat.
Mudah kan..bila semua 3 perkara diatas ada dan mudah lah untuk pendaftaran dilakukan di mana-mana sahaja dengan agen SSPN-iPlus. Bila perkara mudah sebegini masih dianggap remeh, isunya bulan anak-anak tetapi pilihan samada nak atau tak nak sahaja.
Okay..nanti entry lain Ummi cerita bagaimana nak cipta duit dengan SSPN- i Plus.
LINK BERKAITAN :
http://umminani.com/2016/05/cabutan-wow-sspn-i-plus/
http://umminani.com/2016/04/ptptn-bukan-pemberi-dan-pemungut-hutang-semata-mata-ptptn-juga-mengajar-kita-erti-simpanan-untuk-masa-depan-dengan-sspn-iplus/
http://umminani.com/2016/04/sspn-i-plus-kelebihan-dan-cara-memohon/
Boleh dapat Pelepasan cukai sehingga RM12,000.. Menarik tu…
kalau nk terus daftar ank yg bru 1 bulan lahir mcm mana
Uish, boleh cipta duit pakai SSPN-i Plus ye Ummi? Boleh la kongsikan ilmu tu annti ye.