BUKU TERBARU DATUK USTAZ KAZIM ELIAS

26 April bertempat di Talent Lounge , Petaling Jaya diadakan majlis tandatangan MOU antara Suhan Publication dan Datuk Ustaz Kazim Elias. Alhamdulillah Ummi antara orang yang bertuah yang berada di majlis tersebut. Dalam majlis yang sera ringkas ini di lancarkan 2 buah buku penulisan YDH Datuk Ustaz Kazim Elias berjudul Suami Vs Isteri dan Murahnya Rezeki Isteri.

SINOPSIS SUAMI Vs ISTERI

Naskah buku ini boleh dijadikan sebagai pilihan pasangan yang baru ingin berumahtangga mahupun yang telah berumahtangga. Oleh sebab itu dilabelkan sebagai Pre dan Post Perkahwinan.  Ia mengajak pembaca memahami fitrah dan sifat semulajadi suami dan isteri, meliputi emosi , pemikiran dan tingkah laku. Perkongsia ini dapat menjadi garis panduan keterbatasan seorang isteri dan suami terhadap pasangan masing-masing. Bonus dalam buku ini ialah TIP untuk menarik hati suami dan pasangan masing-masing.

SINOPSIS – MURAHNYA REZEKI ISTERI

Soal rezeki dan nafkah sering menjadi sebutan dalam rumah tangga apabila keadaan tidak dalam keadaan baik. Ada masanya khilaf didalam memahami rezeki dan nafkah buat si istri menyebabkan rumah tangga keberantakkan. Buku ini akan membawa isteri lebih memahami  batas-batas dalam menuntut nafkah. Buku ini juga membawa para isteri untuk mendalami betapa pemurahnya Allah swt didalam soal pemberian rezeki dan kelebihan yang ada pada seorang isteri. Bonus : Amalan-amalan dan sikap muslimah yang mampu mengundang rezeki dan keberkatan dari Allah swt.

Bila berada dalam sesuatu majlis , rezeki bersilaturrahim dengan ramai orang. Antaranya, bersama penulis buku SURI PROFESIONAL – klik sini .

Rezeki juga dapat bekenalan dengan Puan Yasmin Bt Mastan Pengurus Pusat Pendidikan AL-Barakah. Sebuah sekolah tahfiz yang di naungi oleh YDH Datuk Ustaz Kazim Elias. (05-5260321 , 03-526 9700).

Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari. Alhamdulillah bersyukur apabila kita dapat hadir dalam satu-satu majlis, kerana disetiap majlis itu ada barakahnya. Dan percaya dan yakin bahawa tidak tergerak sesuatu kalau bukan dengan izin Allah swt. Maknanya, buat sesuatu jangan diharap pada balasan, cuba buat seikhlas hati dan kerana Allah swt.

3 thoughts on “BUKU TERBARU DATUK USTAZ KAZIM ELIAS”
    1. Buku murahnya rezeki isteri byk memberi teladan kpd saya, cuma terlalu byk kesalahan ejaan……..sepatutnya perkara spt ini tidak berlaku…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *