BELAJAR TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN DENGAN RIZAL RASHID

Rezeki manusia tiada siapa tahu. Permulaannya hanya di facebook. Setelah lama meninggalkan bidang pengacaraan  kini Ummi bangun untuk memberikan manfaat kepada lebih ramai yang memerlukan melalui pengucapan awam dan sebagai Emcee. Tahun lepas telah hadir sessi kelas emcee dengan Rizal Rashid , pakar komunikasi berkesan dan pengacaraan terbaik.

Berbekalkan pengalaman Rizal Rashid sebagai pengacara / emcee pada majlis-majlis besar kerajaan dan NGO, kini ilmu itu diturunkan kepada kami generasi pelapis. Apa yang kami pelajari sepanjang sessi? Ha..di sinilah kami belajar untuk memberikan pengucapan berpengaruh dengan Tell your story. wah best sangat tau, dengan teknik ini mampu untuk memukau pendengar.

Sessi personal coaching kami diadakan di Palace Of The Golden Horses , Seri Kembangan. Masyaallah sangat exclusive dan memang private. Dengan ilmu yang diberikan Ummi yakin dan percaya siapa yang dapat amalkan semuanya pasti antara speaker yang hebat suatu hari nanti.

Rezeki ketika personal coaching ini kami ditemukan dengan Pakar Otak , Pakar Fan Pages, DJ Radio IKIM dan Pakar Kesihatan.Masyaallah satu perkongsian yang amat baik. Masing-masing ada kepakaran tersendiri.

Paling teruja apabila kami di berikan kejutan istimewa iaitu kelas vokal oleh Cik Siti Hajar . Ilmu yang best dan sangat berguna untuk melontarkan suara dengan lebih baik dan berkesan. Teknik ini amat berguna untuk pendengar dengar dengan jelas.  Bagi yang berminat untuk belajar dengan sifu  yang hebat-hebat ini ada info dibahagian bawah ya .

Facebook : Rizal Rashid

#‎NowEveryOneCanSpeak‬

One thought on “TEKNIK KOMUNIKASI BERKESAN OLEH RIZAL RASHID”
  1. Beruntungnya UMMI..dapat berjumpa dgn beberapa orang pakar dalam satu masa.. Semoga byk ilmu yg dapat dipraktikkan setelah belajar sesuatu daripada mereka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *