Kita semua ada tujuan dan harapan dalam hidup kita. Memang ya nak teruskan hidup kena fokus kepada kehidupan, nak jadi baik fokus nak jadi baik. Nak tuntut ilmu kena bersungguh-sungguh, tetapi dalam nak capai semua tu bukan mudah. So, jangan suka-suka cakap, yer dia boleh lah, dia ada kerja. Dia ada duit.
Kawan-kawan, kita tak tahu struggle orang macamana. Betapa banyak dia dah korbannya, apa dia nak dia ketepikan demi nak bahagiakan orang lain. Jadi kita ni, jangan sesuka nak judge orang. Sebab masa yang kita lalui dengan dia lalui tak sama.
Cuma sebagai orang yang bekerja, orang yang banyak tanggungjawab dalam urusan harian, kadang UN pun ada juga yang tertinggal akan sesuatu. Risau dalam mengejar masa depan, ada yang didepan mata tak sempat nak bahagiakan mereka.
Risau, overload dalam berfikir memang kadang buat diri sendiri sakit. So, atas sebab tu kadang memang take for granted for certain things. Aku kadang memang tak ada niat nak sakitkan hati sesiapa, Cuma kalau korang terasa atas silap aku, maafkan aku. Kematian tak tahu bila pun nak terjadi.
Dalam keadaan sekarang, macam usia dihujung tanduk, tak boleh tergelincir sikit pun. Risau sangat dengan keadaan sekeliling, risau yang kadang memudaratkan diri. Fikir tak nak, itu yang Allah uji., tapi Allah uji sebab tau kita kuat nak hadapi ujian. Kan…
Kematian Siti Sarah bukan sahaja ajar kita hjrah tetapi buat persediaan untuk kematian, buat persediaan akhirat dan juga tentang dunia. Tentang anak-anak yang mungkin ditinggalkan. Mungkin kita tak banyak harta, tetapi yang sedikit inilah kena di uruskan dengan baik, supaya anak-anak dapat hak mereka dan dapat teruskan kehidupan. Mungkin kita yang biasa-biasa ni tak terasa. Atyau anggap kematian bila-bila masa. Bila mati ada waris yang boleh uruskan kita dan harta. Tetapi yakinkah ada orang yang benar-benar Amanah nak lakukan semua tu untuk kita?
Entahlah sekadar pertanyaan untuk diri sendiri. Nak percaya orang bukan mudah tetapi pasti ada yang boleh dipercayai. 😊