7 Mac 2021 | Hujung minggu di Taman Burung, Kuala Lumpur. Walaupun masih dalam keadaan pandemik COVID19 tetapi masa ni diberikan kelonggaran untuk lawatan dan juga rentas daerah. Kami pula kalau ada masa dan kelapangan memang akan pastikan ada masa untuk anak-anak. Kerja? Waktu kerja kita kerja, waktu hujung minggu biarlah masa dengan anak-anak. Mereka membesar sekejap sahaja dnegan kita, kenangan indah mesti dicipta dengan yang tersayang.
Harga Tiket Taman Burung, Kuala Lumpur
Non -citizen : Adult RM63.00 / Kids RM42.00
Citizen / Mykad Holder :
Adult :RM25.00
Senior Citizen : RM12.00
Child : RM12.00
Taman Burung, KL ( KL Bird Park )
Kalau nak ke sini, kena awal pagi, barulah tenang nak parking. Orang pun belum ramai kalau awal pagi. Jadi dalam suasana pandemik ni, keadaan masih terkawal dan tenang. Selesa nak lepaskan anak-anak berjalan sana-sini.
Jangan lupa bawa hand sanitizer juga ya.
Keluasan / Jarak Perjalanan Dalam Taman Burung Kuala Lumpur
Luas| Kalau bawa anak kecil elok bawa stroller. Kalau bawa orang tua yang dah ‘tua’ atau tak larat jalan pun better bawa kerusi tolak / wheel chair.
Anak-anak akan penat, so better bawa air masak dalam bekas untuk mereka teguk. Selain itu boleh beli di gerai yang ada dalam kawasan bird park ni.
Keluarga adalah anugerah terindah. Susah senang kita , yang ada masa j=kita susah dan senang adalah keluarga. Jadi harga mereka semasa ada. Masa takkan berulang walaupun duit berjuta di bank. Tetapi bila saat kita tinggalkan mereka, kenangan akan terus segar dalam ingatan. Tak percaya, renung, siapa paling kita rindukan? Kalau UN pastinya ayah yang dah lama tinggalkan UN (2014).
Semoga bencana Covid-19 ini akan segera habis di bumi kita, dan kita dapat kembali menikmati suasana dan kehidupan normal. Bebas kemana sahaja dan dapat keluar menikmati alam ciptaan Allah swt ini. Penting lagi, anak-anak dapat teruskan kehidupan dan alam -kanak-kanak seperti mana kita semua lalui dahulu.
next : DEDAUN LANGAT RESORT, HULU LANGAT SELANGOR
Last pergi KL Bird Park masa darjah 6. Lepas tu nak pergi tapi tak terpegi lagi. Nanti lepas PKP nak ke sinilah bawak anak-anak