Daftar Tuisyen Online | Ramai ibu bapa yang merungut kerana tahap pembelajaran walaupun seawal Tahun 1 amat mencabar. Jadi sebagai ibubapa kita tidak mahu melihat anak kita ketinggalan. Nak fokus kepada kelas di sekolah sahaja tidak mungkin dapat membantu anak-anak sepenuhnya, sebab zaman sekarang walaupun PKP, sekolah tretap macam biasa. Anak-anak tetap nak dinilai seperti biasa. Jadi sebagai ibu ayah, kita kena bijak uruskan mereka dalam proses belajar dan juga bermain. Pada masa yang sama, walaupun nak elakkan gajet, juga anak-anak perlu diberikan masa untuk bermain dengan gajet. Ini bagi mereka cope dengan suasana semasa.
Daftar Tuisyen Online Darjah 1-6
Sepanjang tahun 2021 Jan – Ogos ini kami masih lagi dengan Fly High Training Centre. Alhamdulillah, nampak ada perkembangan.
Awal Daftar Tuisyen Online Darjah 1-6 , kami pun cuba memilih yang terbaik di antara tusiyen yang ada, UN pun macam ibu ayah lain. Pilih di google. Pada mulanya cari di kawasan terdekat, sekali terjumpa Fly High Training Centre. Daripada maklumat yang diberikan, mereka bawakan guru-guru yang lebih baik dan berpengalaman luas.
Walaupun online, anak-anak happy je. Sebab mereka boleh berkomunikasi dengan guru secara terus, berbanding kelas PDPR yang ramai, terhad untuk anak-anak melibatkan diri dalam kelas.
Kelas Intensif Matematik Dan UPKK
Matematik subjek paling best masa sekolah rendah, teringat zaman Un kecil , nama cikgu yang ajar math – Cikgu Rohana.memang subjek favourite, sebab boleh jawab dengan cepat. So, impian seorang mak, mesti nak anak ikut jejak atau lebih baik. Jadi , tuisyen dan bengkel untuk anak2. Ni salah satu yg terbaik boleh didaftarkan untuk anak2. – Kelas Cikgu Shahril.
Fly High Training Centre menyediakan kelas-kelas intensif untuk :
PAT: peperiksaan akhir tahun
PKSK :peperiksaan khas sekolah khusus..sbp sek kawalan etc
UKKM: ujian kemasukan ke mrsm
Bagi UN , walaupun UPSR di mansuhkan tetapi anak-anak perlu ada kesinambungan pembelajaran. Murid Tahun Enam di pusat tuisyen masih perlu diteruskan bagi memastikan tahap penguasaan mata pelajaran teras UPSR itu tidak terjejas, ini kerana subjek sekolah rendah adalah asas bagi pelajaran di sekolah menengah. Ini bertujuan mengurangkan kesan jangka panjang penguasaan anak-anak untuk subjek kritikal, sekali gus dapat memastikan kelangsungan pencapaian cemerlang secara berterusan.
Bagi yang ingin Daftar Tuisyen Online tuisyen sekolah menengah atau rendah, wassap ada nombor tertera.
Enjoy je diorang gi tuisyen
Anak-anak kak Nina Tuisyen sini, memang puashati dengan sesi pembelajaran online yang dipraktikkan. Cikgu pun bagus belaka. Recommended hantar anak tusyen sini
Untuk sekolah menengah ada tak? Tgh cari tuisyen untuk anak sekolah menegah.