Pelepasan kuarantin 14 hari Covid-19 di CAC Hulu Langat

Alhamdulillah | Akhirnya penantian selama 11 hari berakhir juga. Memang ikutkan 14 hari, tapi masa dapat surat untuk kuarantin tu, CAC kita daripada tarikh suami swap. Syukur, walaupun COVID-19 masuk kerumah kami melalui jangkitan dari pejabat suami, kami sekeluarga hanya ada simtom biasa sahaja. Biasa itu hanya mengalami sakit seperti sakit tekak dan pening kepala sahaja. Alhamdulillah.

CAC Hulu Langat

Lokasi CAC Hulu Langat di Pusat Hentian Bas Kajang. Masuk je dalam kawasan ni, jumpa tempat yang menjadi tumpuan orang ramai tu dah sahih la CAC untuk waktu ini. :

Kawasan ini agak sesak, jadi elok untuk apa juga urusan kala ini, pergi awal pagi untuk mengelakkan kesesakkan yang boleh mendatangkan bahaya kepada keluarga.

Keadaan sebenar ketika waktu menunjukkan jam 9.00 pagi keatas. Oleh kerana orang ramai datang untuk berurusan maka, panjang nak kena beratur. Disini tiada sistem nombor penggiliran. Siapa awal, dia dahulu.

Datang awal ke lambat ke, pastikan anak-anak berada dalam keadaan cukup makan, dan minum. Masa ni nak bagi main games ke apa ke, bair je la. Bila keadaan serabut, orang ramai dan penat, macam-macam peel la nanti.

Waktu operasi CAC Hulu Langat

Waktu operasi untuk pemakaian gelang dan pelepasan gelang berbeza. Ianya di bahagikan kepada pagi dan petang.

Siapa perlu jalani ujian COVID-19?

Bagi mereka yang dalam kategori berumur 60 tahun dan keatas, bayi berumur kurang dari 1 tahun, hamil, pesakit yang perlu dialysis, yang mempunyai berat melebihi 115kg bagi lelaki dan 100kg bagi wanita adalah dinasihatkan untuk jalani ujian COVID-19.

Alhamdulillah , akhirnya kami dilepaskan

Syukur , akhirnya kami sekeluarga dilepaskan daripada kuarantin dirumah.

Pelepasan kuarantin 14 hari Covid-19 di CAC Hulu Langat
Pelepasan kuarantin 14 hari Covid-19 di CAC Hulu Langat

Anda yang membaca, sama-sama kita jaga kita. Jika ada symtom terus pergi ke Klinik berdekatan untuk check. Atabeli covid-19 test kit untuk kegunaan ahli rumah. Ini boleh membantu mengesan COVIA-19 dengan lebih cepat, Insyaallah.

Bagi yang belum vaksin, pergilah ambil vaksin. InsyaAllah , vaksin boleh mengurangkan kesan akibat jangkitan covid-19. Lebih bahaya jika tidak disuntik vaksin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *