Sesuatu tak diduga, yang hari-hari minta doa, minta Allah swt jauhkan. Akhirnya Covid-19 singgah juga di keluarga kami. Kami redha, sebab dalam keadaan pandemik ni, apa pun boleh berlaku. Walaupun dah ambil cukup 2 dose vaksin , dan sebagai frontliner, kami dapat dose pfizer. Walaupun begitu, bila Allah kata nak bagi , sampai juga COVID-19 ni kepada kami sekeluarga. – Kesan 2nd dose vaksin?
31 Julai 2021 – gelang merah 🙂
Punca, pastinya dari kluster pejabat. Punca kami , di tempat kerja Mr Suami . Katanya ada staff (wife positif / wife kerja KPJ ), itu yang ‘terbawa’ ke tempat kerja suami tu. Ramai juga yang +ve, cuma bilangan tak pasti berapa, biarlah pejabat uruskan, buat masa ni yang penting jaga keluarga dan anak-anak. Kesihatan kami semua lebih penting.
Test COVID-19 pada 29 Julai 2021 , dapat result pada 30 Julai 2021. Pusing sana-pusing sini, 31 Julai baru cari CAC terdekat untuk pakai gelang. Kami yang ahli keluarga lain ni , tak buat swap pun, arahan KKM hanya pantau sahaja, jika ada simptom baru akan kena swap test.
Pakai gelang pink di CAC Hulu Langat
Kami sebab di Semenyih, yang terdekat dengan kami adalah CAC Hulu Langat iaitu di Hentian Kajang. Pergi disana, kata staff KKM, yang nak kena pakai gelang adalah contact rapat.
Masa berurusan di CAC Hulu Langat
Pakai Gelang -petang
Potong Gelang – pagi
Redha ,kami tetap utamakan S.O.P. Setakat ni alaupun abahnya +ve ,tapi kami ahi keluarga lain (tak pasti), cuma kuarantin. Nanti sebeum UN sendiri naik kerja, kena juga swap test, untuk keselamatan rakkan pejabat yang lain. Risau sebab mungkin sahabat di pejabat ada orang berisikodirumah mereka, ada anak kecil ada oang tua yang lebih berisiko. Kita jaga kita ,jaga keluarga kita dan keluarga mereka.
Behave dan doa sama-sama sihat ya.
Sama-sama kita pikul apa juga yangg berlaku dan tabah menghadapi apa juga cabaran bersama.
Doakan kami bebas keluar daripada COVID-19
Terima kasih kepada yang mendoakan kami sekeluarga.
Allahu..berat ujian ni. Dalam kita berjaya terjangkit juga. Semoga semua kuat dan baik baik je. Semoga segera sembuh semuanya. Aaminn…
Allahu..berat ujian ni. Dalam kita berjaga, terjangkit juga. Semoga semua kuat dan baik baik je. Semoga segera sembuh semuanya. Aaminn…
maaf typo pulak dalam previous comment.
takpe, kami pun dah habis kuarantin ni.. sama2 #kitajagakita . benda ni dah ada sesekliling kita .. kena lebih precaution.