treadmill untuk di rumah

Miliki badan yang sihat idaman semua orang, dapat kurus itu bonus. Untuk UN dan suami kami memilih untuk sihat dan looked fit, untuk kami berdua dan anak-anak. Bekerja dalam pasukan, memerlukan kami miliki tubuh badan yang sihat. Untuk itu, kami memilih untuk adakan sebuah atau sebiji treadmill untuk di rumah. Hasil survey tahun lepas, kami sepakat memilih Sole F60 Treadmill.

Treadmill untuk di rumah : Sole F60 Treadmill

Untuk bajet kami masa tu , kami mampu untuk miliki Sole F60 Treadmill. Masa tu belo dengan harga RM5016.00. Kami jenis tidak suka berhutang, tapi hasil tabungan dapatlah memiliki sebiji Sole F60 Treadmill ini.

Untuk bawa masuk ke rumah semuanya Fitness Concept yang buat. Teruk juga tengok depa cuba install Treadmill ni. Kalau tiada kepakaran susah juga.

Exercise secara berkala

Dengan adanya, threadmill ini kami boleh exercise secara berkala. Dalam keadaan pandemik Covid19, apapun dirumah adalah tempat yang terbaik. Kita yang jaga kebersihan rumah dan pastinya udara sekitar rumah sendiri adalah yang terbaik untuk masa sekarang.

Dalam keadaan bekerja ni, hujung minggu je la mampu nak treadmill pun. Kalau hari cuti pun masa yang biasanya kami ambil, ganti-ganti lakukan. Nak buat setiap hari? Ini tak mustahil, tapi bil abalik kerja pun dah letih sebenarnya. Waktu malam pula, waktu bersama dengan anak-anak dan pantau kelas tuisyen online mereka.

Cari yang benar-benar ikut bajet dan kesesuaian penggunaan

Untuk dapatkan sebiji t/mill ini pun, 2-3 kali kami survey, ini belum termasuk tanya Ben Ashaari lagi. Jenuhla juga dia nak consult. At the end, lepas Ben Ashaari consult, kami pun ke Alamanda dan akhirnya bertemu dengan seller Aiman namanya. Selepas 2x survey di kedai, Dec 2020 kami pun beli. Nampak? Nak buat keputusan beli barang berharga bukan ambil masa sejam dua, agak lama kami berdua nak decide supaya benda yang dibeli tidak menjadi tukun dalam rumah sendiri.

Treadmill untuk di rumah ; Survey dan menabung untuk sebuah treadmill

Masa kami beli dapat dengan harga RM5016.00 dan dapat beberapa barang freegift. Antaranya ;

  1. Calendar
  2. Equipment mat
  3. dan Mesagger (alat urut badan).

Untuk tips memilih treadmill yang baik boleh baca perkongsian daripada Kevin Zahri – Tips Memilih Threadmill

BMI yang ideal

UN masih lagi mencari dan berusaha untuk berat badan ideal. Hari tu bulan puasa boleh la sehingga 81kg. Sekarang ni berat dalam 82.5kg – 84 kg. Untuk dapat berai ideal, UN kena dapat berat sehingga 66 kg. Itu agak mustahil, tapi tak pelik kalau betul-betul usaha boleh achieve.

Semoga berat idaman UN at least 70kg.

umminani kurus

Ini masa berat 70-71kg. Okay la kan. Tapi ini masa anak dara. InsyaAllah , i try. Cewah. InsyaAllah kalau konsistent tak mustahil boleh dapat berat idaman semula.

Usaha tangga kejayaan

Ini gambar semasa suami gemuk. Masa kahwin 2009-2017 memang gemuk. Dan suami UN exercise dari hujung tahun 2017 – JUN 2018 baru nampak kesan dan akhirnya pada Dec 2018 dapat berat ideal 75kg.

Doakan misi kami sihat untuk besarkan anak-anak berjaya dan juga dapat terus memberikan perkhidmatan kepada pasukan dengan sebaiknya dengan kudrat yang ada. InsyaAllah dengan adanya alat-alat bantuan sukan ini. Tapi masa Muazam nak kurus , zaman tu memang dia hanya buat outdoor sahaja. Cuma dalam keadaan Covid19 , alatan sukan seperti treadmill untuk dirumah sahaja dapat membantu. Doakan kami.

4 thoughts on “Treadmill untuk di rumah ; Sole F60 Treamill Review”
  1. Seronoknya dapat beli apa yang kita aim nak beli. survey survey berjaya membeli akhirnya. Alhamdulillah..jenuh jugak tu nak bawak naik treadmill. Semoga berjaya mencapai misi dapat berat badan yang ideal dan sihat selalu.

    1. yer.. itulah depa ada teknik tertentu.itu mudah wpun payah kita nampak. alhamdulillah , unlock wish 2020.

  2. Bagus UN , harga sebuah kesihatan ni walaupun nampak mahal tapi tak semahal kos bila sakit. Abg DD pun dah tak sabar nak naik balik treadmill dia. Kat rumah memang ada tapi rosak motor dia . Orang yang merepair pulak tak dapat datang betulkan sebab PKP. Buat masa sekarang layan basikal jer dalam kampung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *