Hahahaha, tak mau cakap banyak. Cuma nak simpan kenangan, hahah. Dalam angah dan adik bertekak, si adik yang tengah pegang gelas sebab tengah lap gelas tu nak susun, boleh dia lepas! Owh depan mata Ummi oii! Ini antara koleksi Ummi tau – Kenapa Portmeirion?

Nak marah?? Memang kena marah la. Geram , tau tak ada rezeki gelas tu, tapi sedih la juga.

Dimana nak ku cari ganti?

Kalau di shopee risau tak sama quality. Jadi jumpa yang ni pun kira bertuah. Harga pun murah daripada shopee, di Shopee ada yang jual RM69.0 – RM75.00 sebiji. UN dapat RM60.00 sebiji, rezeki last untuk buat pengganti ada design daisy sahaja. Okaylah asalkan 6 beradik bertemu kembali walaupun yang ganti ni macam anak angkat la. Adik beradik asal dah mati ! HAHAHAHAHAHA

Aku tak lah emosi sangat gelas tu pecah sebab boleh ganti, tapi emosi sebab anak-anak kalau bercakap tak boleh berhenti. hahahahahah tolong mak! asyik perang lidah je .. sabar la makkkk!

2 thoughts on “Gelasku pecah! Sedih, geram semua ada!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *