sos steamboat ala johnnys

Kali ini nak share resepi sos steamboat ala johnnys. Resepi asal daripada Tenn, yang team Success. Tenn yang ajar secara verbal, then i buat menjadi. I like gitu. Masa kami makan-makan masa study week tu, sedap. Maka minta resepi dan buat sendiri..senang yang amat rupanya.

study week umcced 2
Resepi asal oleh Tenn – kanan sekali.

Sos steamboat ala johnnys – RESEPI

Bahan-bahannya :

  • 1 Botol sos Kimball yang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan gula perang
  • Bijan dalam 1 sudu besar
  • 10 biji Cili padi
  • 2 Sudu makan – sos ikan
  • Sedikit perasa
  • 2 biji limau nipis
  • 1 pokok kecil daun ketumbar

Cara-caranya :

Sangai bijan sehingga kekuningan. Dan selepas itu masukkan bawang putih yang telah di cincang halus. Sangai atau goreng kering sampai kekuningan dan naik bau wangi.

Setelah dah puas hati, masukkan sos Kimball 1 botol besar tersebut. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana sahaja. Setelah itu, masukkan gula perang, sos ikan, perasa dan cili padi.

Masak sehingga betul-betul masak, dan akhir sekali perah limau dan masukkan daun ketumbar yang telah dicincang halus.

Dah siap..sos steamboat ala johnnys. Untuk kuah steamboat masukkan 1 sudu besar pes tomyam dan sedikit perasa. Siap untuk menjamu selera.

Nikmati Steamboat dirumah

Makan kat rumah selesa dan puas hati. Kos beli barang RM76.60 di Super Seven. Tapi daripada jumlah ini, dapat makan 3 kali untuk 1 family kecil kami. Jimat kalau nak bandingkan dengan makan steamboat kat luar. Ini salah satu sebab buat kat rumah adalah kerana search Steamboat Bangi macam dah tutup. Tapi bila buat sendiri lagi puas hati.

senduk hasil kaut daripada IKEA
sos steamboat ala johnnys

Puas hati makan kat rumah tau. Anak-anak suka dan mak ayah pun tenang nak menikmati makanan.

Anak kecil makan dengan sos biasa, sebab depa tak suka ada sayur dan bijan.

Kepuasan sebenar adalah bila keluarga menikmati makanan yang dimasak dengan penuh feel gitu. Dan kalau nak tahu selama 2 hari berturut-turut anak-anak makan steamboat. Suka sungguh depa.

Yang paling menarik ialah… bila dapat barang baru.. sebabkan steamboat ini, terbeli Pensonic PMC150 – Multi Cooker. Murah di Lazada

Harga di Super Seven, Vista Valley Semenyih

PMC150 – Multi Cooker di LAZADA hanya RM116.00. Untung sangat belian kat online. Hopefully lepas ni ada sales menarik lagi di LAZADA. So, tak payah membeli di kedai biasa lagi. Sebab beza harga sangat tinggi.Tak sabar menanti barang pesanan tiba 🙂 Doakan un lebih rajin masak lepas ni okay. Then, PMC150 – Multi Cooker ni juga boleh bawa masa travel, jimat kos untuk masak. tak gitu… 🙂 okay ini sahaja entry un kali ini. Bye

6 thoughts on “Sos steamboat ala Johnnys; pekat dan super sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *