Nasi Lemak McD
Food Review

Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD : wow!

Nasi lemak McD.-Hari Malaysia (16 September). Malaysia, jom untuk turut serta dalam petisyen menjadikan Nasi Lemak sebagai makanan diiktiraf sebagai simbol makanan Malaysia, sila layari http://chng.it/LDfjGDJsQs.

McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia

Nasi Lemak McD

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald’s Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal. Pilihan menu bercitarasa tempatan:

Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD.

Selain menu utamanya, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu
terbaru, Nasi Lemak dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald’s di seluruh negara pada masa ini.

Penggunaan bahan-bahan tempatan: 80 peratus daripada bahan-bahan McDonald’s

Baham mentah diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sostermasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

Nasi Lemak kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald’s, 24 jam sehari.

Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Nasi Lemak McD

Hashtag Nasi Lemak McD

Nasi Lemak McD

Jika anda dah ke Mekdi , jangan lupa gunakan #hashtag seperti dalam gambar. Sama-sama kita gempakkan instagram dengan #yang meriah dan menarik lebih ramai sahabat kita mencuba keenakan rasa Nasi Lemak DISINI.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald’s yang menarik bulan ini, sila layari, www.mcdonalds.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *