Isu Masyarakat

Program Happy Meal Readers McDonald’s ; erat hubungan keluarga.

Happy Meal Readers adalah program terbaru yang dilancarkan oleh McDonald’s. Setiap bulan keluarga pergi ke restoran McDonald’s di Malaysia untuk menikmati hidangan, bergelak ketawa, beramah mesra dan sama-sama berkongsi kegembiraan. Keluarga Un juga tidak terkecuali.

Program Happy Meal Readers McDonald’s

Buku cerita bagi anak-anak 3-12tahun, ada 2 bahasa bagi pasaran Malaysia iaitu Bahasa Melayu dan English

Bagi Program Happy Meal Readers McDonald’s , 12 buku cerita eksklusif karya penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia, Cressida Cowell, akan dikeluarkan oleh McDonald’s sepanjang tahun ini.

McDonald’s diwujudkan dengan meletakkan keluarga sebagai keutamaan.

Jika sebelum ini kami memilih McDonald’s kerana restoran ini sangatlah mesra kanak-kanak, dengan adanya taman permainan. Tetapi dengan pelancaran program ini, ianya lebih menarik. Angah paling suka, dia adalah peminat no.1 dinasour dalam keluarga kami.

Kandungan buku cerita dan ilustrasi menarik, amat bagus bagi anak-anak seusia anak-anak Un

Inisiatif program Happy Meal Readers oleh McDonald’s Malaysia bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia menerusi pendekatan ‘Scale for Good’.

Menerusi program Happy Meal Readers, McDonald’s bekerjasama dengan Cressida Cowell, penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia yang menghasilkan siri buku popular How to Train Your Dragon untuk melancarkan satu siri buku bertajuk Treetop Twins Adventures.

Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi buku bersiri ini yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald’s. Setiap bulan, sebuah buku akan dikeluarkan sepanjang tahun ini. Untuk pasaran Malaysia, buku-buku ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Setakat ini, Un akan pilih ikut apa anak suka. Jadi, anak-anak akan lebih sayangkan buku pilihan mereka. Apabila di perhalusi, gaya bahasa yang digunakan juga adalah sangat mudah. Sesuai dengan target market McDonald’s iaitu antara 3-12tahun.

Happy Meal Readers -Versi Digital Menerusi Aplikasi Happy Studio

Versi digital menerusi aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun dari Play Store dan Apple Store.

Dengan menggunakan aplikasi ini, seisi keluarga dapat sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Un memang menghadapi kekangan masa, hanya waktu makan sahaja waktu sesuai untuk bersama anakanda dengan melayan, dan menemani mereka.

Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Eugene Lee berkata, “Komitmen dalam memupuk budaya membaca telah banyak menyokong usaha syarikat dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.”

“McDonald’s Malaysia ingin menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Program Happy Meal Readers ini membolehkan ibu bapa membaca buku dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak. Kami berharap program ini dapat menerapkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dengan menjadikannya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga,” kata Lee.

Happy Meal Readers Tanda Sokongan Program Dekad Membaca Kebangsaan.

Menurut Lee, Program Happy Meal Readers ini juga merupakan tanda sokongan McDonald’s terhadap aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaan.

“Kami mengucapkan syabas atas usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk membaca. Pihak McDonald’s juga amat gembira dapat turut serta mengambil bahagian dalam usaha ini dengan mengetengahkan manfaat membaca kepada ibu bapa dan kanak-kanak.”

Ingat Buku Ingat Happy Meal.

Mak abah juga boleh memilih untuk mendapatkan sebuah buku atau satu permainan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Jom apa lagi, sebarkan Malaysia membaca seawal anak-anak diusia muda.

Jangan lupa singgah McDonald’s tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *