Review

Aladdin 2019 ; terbahak-bahak gelak hilang stress

Korang masih mood raya ke? Esok Sabtu, mesti ramai yang dah aturkan perjalanan nak p mana esok kan. Ada yang nak serbu rumah terbuka, ada yang nak balik kampug beraya, malah mungkin ada yang tengah fikirkan nak layan movie apa esok kat panggung wayang kan. UN nak share experience UN layan sorang-sorang movie Aladdin 2019.

Serius masa bulan puasa hari tu, memang ada kelapangan sikit. So, ada satu hari tu, nekad keseorangan nak melayan movie. Ingat nak tonton Avengers, tapi memandangkan waktu UN sampai hanya ada Aladdin 2019 sahaja yang ditayangkan waktu UN nak tonton tu.

“Dik, best ke Aladdin ni?”

“Okay kak, cerita budak-budak….” Jawab petugas kaunter.

Terus terpikir, kalau macam cerita Cinderella atau Beauty And The Beast best juga… Ehm okaylah layan jer la.

Buka dompet, keluarkan note Rm 10 dan RM1 – terus bayar dan masuk. Hahaahah seorang pun jadi kerja tau, 2 jam ingat kan lama. Rupanya sat jer..

Aladdin 2019 – My Point of view

Un rasa kan, cerita Aladdin 2019 ini unit. Cerita orang putih ini, kita layan pun ada je nasihat tau. Sikap, dan pengajaran yang baik-baik sentiasa terselit dalam movie mereka.

Cerita bermula apabila wazir iaitu orang kanan Sultan dari kerajaan Agrabah ingin merampas kuasa dari Sultan ia memerlukan lampu minyak ajaib yang tersimpan jin di gua keajaiban. Tapi beliau tidak boleh masuk ke sana melainkan pemuda yang terpilih sahaja. Terpilih bermakna yang punya hati yang suci dan bersih.

Pemuda itu ialah Aladdin, dimana kisahnya bermula ia berjumpa dengan puteri Jasmine yang menyamar jadi dayang istana diselamatkan oleh Aladdin. Tapi Abu monyet si Aladdin telah mencuri gelang tangan Puteri Jasmine.

Malam tu Aladdin telah menyusup masuk ke istana Puteri Jasmine dan memulangkan gelang tangan Puteri Jasmine. Setelah pulangkan gelang tangan Puteri Jasmine beliau telah ditangkap oleh Wazir Sultan Jafar. Bagaimana Jafar tahu Aladdin menyusup masuk ke istana kerana wazir juga mempunyai binatang jahatnya iaitu si burung kakak tua. (Si kakak tua penyampai berita, geram je rasa..kau diam-diam boleh dak!!!).

Aladdin telah dipaksa oleh wazir jahat tu supaya masuk ke gua tersebut dengan menjanjikan kekayaan. Dengan sikap si Aladdin yang baik hati dan suka membantu, dia bantu si tikar terbang daripada tersepit. Aladdin sangat ikhlas dan baik orangnya, membantu tanpa memikirkan balasan.

Namun Aladdin telah ditipu oleh wazir jahat itu dan dibiarkan terperangkap di dalam gua tersebut tapi Aladdin bernasib baik lampu ajaib yang dirampas oleh wazir tersebut berjaya dicuri oleh monyetnya bernama Abu.

review wayang aladdin 2019
Mena Massoud as the street rat with a heart of gold, Aladdin, and Will Smith as the larger-than-life Genie in Disney’s ALADDIN, directed by Guy Ritchie.

Semasa ia mengelap lampu ajaib itu keluarlah jin lakonan Will Smith yang memang kelakar. Bab ni paling kelakar, memang tak dapat menahan gelak. Walaupun UN menonton sorang-sorang, korang jangan tak percaya, gelak sorang-sorang pun sampai keluar air mata weehhh! Terbahak-bahak la, ingatkan UN je ada perempuan sorang tak jauh dari pada UN pun sama ketawa melihat watak yang dimainkan oleh Will Smoth sebagai Genie.

Korang nak tahu selanjutnya mesti tonton Aladdin 2019 ini. Selain kelakar, kena ambil perkara yang baik untuk dijadikan contoh. Seperti sikap sabar, jujur, dengan perintah dan rasa tanggungjawab terhadap apa sahaja yang kita diamanahkan. Sikap puteri Jasmine yang sangat setia dan bertanggungawab terhadap negara pentadbirannya bukti bahawa wanita juga boleh jadi pemimpin, tepi kena ada ilmu. Bukan main hentam kromo sahaja. So, kornag yang masih belum menonton, wajib pergi dan tonton dengan senang hati. Bawa famili lagi best, ada geng ketawa. Okay selamat menonton. Bye

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *