persediaan pembelian barangan bayi
Review Produk Dan "Event"

Persediaan pembelian barangan bayi – KuKu Duckbill

Hi semua, bestkan bau baby. Teringat zaman pregnancy dulu. Terutama masa mengandungkan Along kami pertama dan melahirkan dia. Tapi masa tu , tak pandai bab intenet ini. So, bab nak search barangan berkualiti dan comel tak pandai sangat. Masa tu, beli barangan baby pun dekat kedia biasa. Tapi tak tahu pun tentang persediaan pembelian barangan bayi yang selamat dan berkualiti.

Persediaan pembelian barangan bayi – Butik Tateh 17 Cawangan di Malaysia

Best Feeding Bottle – Ku.Ku Duckbill

Nak ceritanya, UN bakal menerima ahli keluarga baru… ehh. eh… yang korang wish tahniah tu bukan untuk UN tau. Tapi adik ipar UN yang sedang mengandung. Dan pastinya Maklang (UN) yang excited. Yer la, last beli barangan bayi adalah pada 2016. Jadi bagi persediaan pembelian barangan bayi kali ini UN juga excited okay. Best tau barangan bayi ni comel-comel terutama – Ku.Ku Duckbill.

Pada masa pelancaran produk baru Ku.Ku Duckbill mereka melancarkan beberapa produk terbaru untuk keperluan bayi. Dan antara yang menarik perhatian UN adalah botol susu mereka.

persediaan pembelian barangan bayi
botol susu bayi yang selamat digunakan jenis puting besar kuku duckbill

Kelebihan PPSU Standard Feeding Bottle

  • Ku.Ku Duckbill PPSU – diperbuat daripada FDA Compliant food -contact grade and medical grade material
  • PPSU (Polyphenylene Sulfone) tidak mengandungi sebarang bahan chemicals (Bisphenol A). Selamat untuk bayi -PPSU mampu menahan panas sehingga 200c (392F) bagi proses sterilization.
  • BPA Free dan ringan
  • Puting susu diperbuat daripada soft food – grade liquid silicone, tidak berbau dan colorless serta stainless.

Bekas Susu Serbaguna

persediaan pembelian barangan bayi sehingga 3 tahun

Kelebihan Bekas Susu Serbaguna

  • Bekas yang comel , senang untuk di uruskan
  • Funnel -shaped opening – mempunyai bukaan yang memastikan susu dan bahan yang diisi tidak tumpah
  • Pelbagai kegunaan – boleh diisi dengan snack, makanan kunyah untuk bayi
  • Mangkuk isi bubur / makanan bayi – boleh diubah suai menjadi bekas seperti mangkuk untuk kegunaan bayi. Dan sangat sesuai untuk kegunaan ‘outdoor’.
persediaan pembelian barangan bayi

Majlis Pelancaran Produk Baru Kuku Duckbill & Sambutan Hari Raya

pelancaran produk kuku duckbill dan majlis sambutan hari raya

Thanks Kuku Duckbill invite UN dan rakan-rakan blogger untuk memeriahkan majlis. Dan pada majlis ini juga UN bersua muka ‘reunion’ dengan sahabat lama ketika di MRSM Pendang . As YUYU. Alhamdulillah dalam majlis macam ni jumpa kawan lama.

Dan sekarang UN juga nak hunting pelbagai lagi produk Kuku Duckbill untuk baby sebagai persediaan pembelian barangan bayi untuk nak ushar dulu dekat Butik Tateh dan juga di facebook mereka. Owh ya, yang excited nak dapatkan barangan Kuku Duckbill boleh terjah ke 17 cawangan Butik Tateh yang menjual pelbagai barangan keperluan bayi diseluruh Malaysia. Semoga persediaan persediaan pembelian barangan bayi bagi menerima kehadiran orang baru lebih mudah dan mengembirakan hati mak-mak ya.

Selamat bershopping.

Facebook : Kuku Duckbill Malaysia Butik : www.tateh.com.my

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *