UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL
Review Produk Dan "Event"

UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL – Terap elemen positif

UN masa 26 Mac tu masih lagi mc. Tapi 26 Mac tu badan dah rasa okay sikit. Jadi, petang jam 6 lebih UN bagitau suami untuk siap-siapkan diri untuk tengok wayang. Yerla, anak balik je sekolah boleh terus pergi ke IOI Mall. Kami bersiap dan sampai IO Mall demi  Upin Ipin Keris Siamang Tunggal pada jam 725malam.

Dan masa UN ke kaunter tiket, cerita ini akan bermula pada jam730 malam. Jadi, suami, along dan angah terus pergi solat. Kami sahaja tunggu di kawasan masuk , jadi sempatlah bergambar sakan dengan backdrop Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Total harga tiket bagi 2 adults dan 4 kids – RM71.00. 🙂

Ulasan UN ini adalah Filem animasi terbaik. Ada elemen dan jiwa Melayu. Ada inspirasi, teladan dan contoh yang baik. Kalau tidak silap UN, ianya adalah gabungan 6 cerita melayu yang diolah kembali dalam nafas yang lebih segar. Memang sepanjang menonton wayang ini, Un  dapat rasa nilai murni yang cuba diterapkan. Terbaiklah.

UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL SESUAI UNTUK TAYANGAN ANAK BAWAH UMUR

Boleh terus kaitkan cerita dengan anak, “Adik beradik kena baik, tak boleh gaduh!” ( Si merah Si putih). Selain itu ada teladan lain yang boleh diambil kira. Antaranya, anak kena taat pada mak. Mak jangan terlepas cakap pada anak.

Sebagai manusia biasa kita kena yakin buat baik, balasannya baik. Dan satu lagi, air dicincang takkan putus. Malah adik beradik akan terus merindui adik beradik lain. Biarlah susah dan payah serta kenangan lalu akan terus menjadi sebahagian daripada kenangan yang mendewasakan kita.

Eh….tengok la sendiri.. kiranya cerita ni moral of the story macam cerita Cinderella. Un yakin dan pasti, tidak akan menyesal. Ingat 2 prinsip Cinderella: Have Courage (Milikilah keberanian); Be Kind (Milikilah hati yang baik)

Berani Bermimpi Dan Bertindak Besar: Ella tetap bertahan di rumah besar peninggalan orang tuanya meskipun mendapat perlakuan tidak manusiawi dari ibu tiri dan saudara tirinya, karena Ella yakin bahwa itulah yang diharapkan kedua orangtuanya, menjaga rumah pertanian, satu-satunya harta yang ditinggalkan orangtuanya. Dia tidak pernah berhenti bermimpi bahwa akan ada perubahan dalam hidupnya. Dia percaya bahwa keajaiban akan datang. Jika bermimpi besar saja seseorang tidak berani mana mungkin seseorang bisa melakukan tindakan besar dalam hidupnya?

UPIN IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL

Overall, UN amat berpuashati dengan jalan cerita dan juga muzik latar cerita Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Selain itu, elemen positif yang ditinggalkan juga boleh menjadi sebahagian daripada peringatan untuk anak-anak. Malah anak UN sehingga hari ini ada watak masing-masing bagi cerita  Upin Ipin Keris Siamang Tunggal.

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Title: Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal
Duration: 1 Hour 40 minutes
Type: Featured Film
Genre : Adventure / Family / Fantasy
Format: 2K
Language: Malay/ English
Release Date: 21 March 2019 (Malaysia)

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *