Restoran berputar Atmosphere 360° yang terletak di lantai TH02, Menara Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 282 meter dari aras bawah, restoran berputar Atmosphere 360° adalah restoran berputar paling tinggi di Asia Tenggara. Mula dibuka pada tahun 2011, sehingga hari ini restoran ini telah menerima lebih dari sejuta pelanggan. Menariknya disini, anda berpeluang untuk menikmati suasana sunset serta berbuka puasa di Atmosphere 360°, Menara Kuala Lumpur. Pihak restoran menawarkan harga berpatutan bagi buffet ramadhan di Atmosphere 360°.
Restoran berputar Atmosphere 360° sangat berbesar hati untuk meraikan Ramadan ini dengan menawarkan pengalaman berbuka puasa di atas ketinggian 282m. Cuma UN sangat cadangkan awak kesana awal sebelum berbuka puasa. Saat tersebut pasti akan membuatkan anak lebih selesa dan relax.
Menu Buffet Ramadhan di Atmosphere 360°
Bagi bulan ramadhan ini, pihak pengurusan Restoran berputar Atmosphere 360° akan menyediakan masakan tradisional Malaysia dan juga makanan istimewa bertaraf antarabangsa. Makanan yang bakal membuatkan awak mengigau adalah , ikan patin tempoyak, daging rendang tok, kari daging, kerabu nangka, kerabu kerang, sate ayam dan daging dan juga kuah kacang yang sangat sedap.
Part kegemaran UN adalah di bahagian BBQ dan grill. Udang dan sotong yang disajikan kepada pengunjung adalah bersaiz XXL. Memang UN sangat teruja dan tambah lagi dengan sos dan rasa udang yang telah diperap ini sangat sedap dan sangat best! UN bagi 98% markah pada sudut BBQ. Tak rugi UN berbuka puasa disini dengan tawaran harga demikian dan sajian yang sangat memuaskan.
Sudut BBQ – Live Cooking
Mungkin setelah anda grill makanan laut kegemaran , anda boleh makan ia bersama kambing golek dan juga nasi beriani. Fuh!!! Alhamdulillah memang best!
Menu bagi Vegeterian – Menu Buffet Ramadhan di Atmosphere 360°
Bagi anda yang mungkin membawa sekali rakan sepejabat yang mengamalkan masakan atau makanan vegetarian, pihak Atmosphere 360° turut menyediakan menu khas kepada mereka bagi berbuka puasa di Atmosphere 360°. Antara menu bagi vegetarian adalah Aloo Ghobi, Brinjal Masala, dan roti.
Bagi sudut pencuci mulut pula, anda akan disajikan dengan bubur. Bagi peminat durian, pastinya serawa durian akan menjadi pilihan. Tambah sedap apabila dijamah dengan pulut. Sungguh amat cair dalam mulut. Menyelerakan.
Pakej Harga dan Promosi Berbuka Puasa di Atmosphere 360°
Promosi buffet buka puasa pada tahun ini akan bermula dari 6hb Mei 2019 sehingga 4hb Jun 2019. UN yakin dan percaya, ini akan memberi pengalaman yang sangat istimewa kerana pelanggan akan dapat berbuka puasa sambil menikmati pemandangan cantik bandaraya Kuala Lumpur dari sudut 360°.
Anda akan dapat menikmati pemandangan dari atas seluruh bandaraya Kuala Lumpur dan pusingan restoran ini akan mengambil masa selama 90 minit. Suasana damai dan romantik pasti akan sentiasa menjadi ingatan dalam minda setiap pelanggan kesini.
Kelainan harga di Buffet Ramadhan di Atmosphere 360° adalah anda layak mendapat potongan 50% diskaun dengan harga RM232 bagi seorang pelanggan, iaitu kepada 30 pelanggan terawal menempah setiap hari. ‘Early Birds’ Tickets! 2 for 1 with only RM232 nett (1ST 30 Pax Only).
Contoh , jika anda merancang untuk pergi pada 25 Mei 2019, masih ada kekosongan pada 30 pax pertama sebanyak 2 orang, maka anda layak membayar sejumlah harga RM232. Namun pada tarikh sama, ada lagi rakan-rakan anda yang ingin berbuka bersama anda, tetapi 30pax tersebut telah penuh. Rakan-rakan anda akan diberikan potongan sebanyak 40% bagi jumlah keseluruhan bil pada hari itu. Jimatkan, jadi apa lagi buat perancangan awal dan buat tempahan sekarang juga.
Untuk lihat lebih banyak gambar KLIK : UNXAtmosphere360
Berbuka Puasa di Atmosphere 360° – First Come First Serve!
Whatsapp us for reservation
https://www.wasap.my/+60126604375 Shikin
https://www.wasap.my/+60126604370 Abdul Salam
https://www.wasap.my/+60126604371 Kim Cheah
https://www.wasap.my/+60126604374 Nazrin
https://www.wasap.my/+60126202052 Susan
https://www.wasap.my/+60126604373 Bob
Uish udang besaq, puas makan tu gitu
ya kak, i call banyak kali ajak pergi kan..hehehe
Dah lama teringin nak makan dekat menara kl tapi takut sebab tinggi sangat. Mesti gayat nanti kat atas tu kan hehehe.
Wahhh… Tak terkata tengok menu hebat dia.. teringin nak pergi
mmg best haida.. nnt kita pergi ya
betulll sangat pasal udang tu , puas makan sambil menjilat jari…laksa johor diapun sedap tauuuu