Salam hujung minggu. Apa khabar sahabat UN yang sedang membaca? Kemana hujung minggu yang penuh keceriaan ini? Un masih dalam kursus Kaunseling dan pada masa ini sangat sibuk. Kelas kami sampai malam. Namun begitu tidak menghalang UN untuk terus berkongsi dengan rakan pembaca yang sedang mencari buffet ramadhan 2019. Kami ini Un nak share Buffet Ramadhan di Hotel Seri Petaling 2018 yang bertemakan #Throwback.
Tema #Throwback Ramadhan
Tema ini dipilih kerana mereka iaitu pihak hotel ingin membawa kita untuk kembali ke pengelaman lepas menyambut ramadhan dan menikmati suasana makan di Seri Petaling Hotel pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, menu yang disediakan disini adalah sentiasa diperbaharui rasa dan keenakkannya.
Konsep : Buffet Ramadhan di Hotel Seri Petaling 2018 yang bertemakan #Throwback
Konsep makanan yang disediakan disini adalah dengan menyediakan sebanyak 12 gerai makanan yang telah di “set up” bagi memastikan pengunjung selesa dan berpuas hati dengan menu disediakan. Ada pelbagai menu disediakan termasuklah makanan tradisional Malayu, Timur Tengah dan juga Asian.
Antara menu pilihan Un sendiri adalah menu nasi arab. Yes! Tidak dapat dinafikan nasi arab disini menang sedap dan rasanya tiada tandingan lagi. Dekorasi dan persembahan nasi arab dan juga kambing amat menarik perhatian pada pandangan mata kali pertama. Rasa untuk mencuba keenakan rasa amat membuak-buak dek kerana tarikan warna nasi yang memikat padangan. UN lagi tak sabar nak mencuba bila dengar suami kata, dia dah rasa dan sedap! Tergugat iman Un, dan terpaksa juga makan nasi yang dihidangkan.
Jom raikan ramadhan dengan sahabat handai dan kenalan disini
Antara lain makan yang dihidangkan adalah :
- Ayam Percik Kelantan
- Ketam Goreng Berempah
- Ayam Opor Pahang
- Sup Gear Box Berempah – awesome! Sedap dan rasa rempah ditambah dengan sambal memang rasanya terbaik!
- Asam Pedas Daging Tetel
- Ikan Patin Tempoyak
- Siput Sedut Masak Lemak
- Kambing Panggang
- Dan Banyak Lagi
Kelebihan Buffet Ramadhan di sini :
Di Seri Petaling Hotel mereka menyediakan ruang makan yang boleh memuatkan seramai lebih kurnag 200 orang satu-satu masa. Malah mereka menyasarkan bagi ramadhan tahun ini seramai 4000 pengunjung.
Pada bulan ramadhan ini juga pihak Hotel Seri Petaling akan mengadakan program CSR dengan masyarakat setempat iaitu mengedarkan bubur serta menganjurkan majlis berbuka puasa dengan anak yatim disekitar kawasan Seri Petaling. Mereka amat mengharapkan ramadhan tahun ini dapat disambut dengan seluruh muslimin dan muslimat.
Untuk maklumat lanjut :
Alamat: No. 30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur
Website: Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur
Facebook: Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur
Instagram: HotelSriPetalingKL
Telefon: 03-9058 2323
Sup gearbox tu memang power. Kek tiramisu UN rasa tak? Sedap wehhhh