Isu Masyarakat

Malaysia Halal Expo 2019 ; Malaysia 2 Japan Sempena Olympics 2020

Semalam Un pergi ke KL Convention Center bagi menyaksikan sendiri Malaysia Halal Expo 2019 yang telah dirasmikan semalam oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. Turut hadir bersama ialah Kedutaan Jepun ke Malaysia dan Pengarah Bahagian Pasific dan Asia Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan Jepun.

Malaysia Halal Expo 2019

Bila Un google, ramai yang bagi info untuk buat registration melalui online dan selepas itu, sampai di KL Convention Center terus scan untuk masuk ke Hall 1-4 bagi melawat Malaysia Halal Expo 2019 sempena Malaysia 2 Japan Olympics 2020. Jadi sebelum pergi Un dah isi online. Tak lama selepas isi maklumat pendaftaran, ada email yang Un dapat. Pada email tersebut ada MHE Expo 2019 Confirmation Letter dan disertakan QR Code untuk scan bagi dapatkan badge untuk masuk ke dewan pameran.

Masa Un sampai, Un terus ke Hall 4 dan imbas je QR code yang ada dalam henset Un. Terus dapat pass dan hanya lekatkan pada baju, selesai. Dah boleh tour seluruh tempat pameran bagi Malaysia Halal Expo 2019. Masuk adalah PERCUMA, jadi boleh pergi ramai-ramai, untuk B2B dan juga networking.

Booth-booth Pameran Malaysia Halal Expo 2019

Sepanjang pengamatan Un semalam, ramai usahawan Malaysia terlibat. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kemahiran perniagaan. Un kan minat berniaga, jadi setiap booth yang menarik perhatian Un, Un akan berhenti dan perhatikan satu persatu persembahan mereka.

Booth untuk bimbingan kewangan  juga disediakan di MHE 2019

Pada expo ini juga, terdapat booth-booth untuk membantu usahawan seperti institusi kewangan seperti Bank Cimb dan SME Corp Malaysia pun ada. Jadi peluang ke sini amat membuka mata dan pandangan Un bahawa untuk berniaga sebenarnya ada banyak peluang dan badan kerajaan mahupun swasta yang mampu memberikan bantuan daripada segi latihan ataupun pinjaman kewangan.

Malaysia Halal Expo 2019 ; Bahagian Makanan (Food & Beverages).

Un tidak terlepas untuk melawat ke booth-booth disediakan. Dan apa yang menarik perhatian Un, usahawan yang terlibat disini mereka telah melakukan persembahan terbaik bagi menghadiri pameran Malaysia Halal Expo 2019 sempena Malaysia 2 Japan 2020 Olympics. Persediaan mereka adalah daripada kesesuaian rasa, pakaging dan pakej makanan yang ditawarkan. Sebagai contoh, disini kebanyakkan produk halal yang dipamerkan adalah mudah disediakan secepat memanaskan dalam microwave. Dan ada beberapa booth Un berhenti, mereka buat demo dan bagi pengunjung merasai keenakkan rasa makanan Malaysia seperti nasi dagang, keropok leko cheese, sate goreng, kek segera dan makanan ringan sebagai snack.

Apa kata peserta MHE 2019

Un sempat termuramah secara live usahawan terlibat. Un sendiri teruja dengan semangat mereka dalam berjuang dalam persada perniagaan sehingga mungkin terpilih bagi membawa produk mereka ke Jepun sempena Olympics 2020.

Antara yang difahamkan oleh Puan Sri Zukahida , owner bagi Original Fruitissimo;

“Puan, kami sendiri pergi ke Jepun bagi research tentang produk halal. Seperti contoh kek, kami perhatikan orangJepun suka pakaging yang kecil dan simple.Oleh itu, kami balik daripada Jepun, pakaging Original Fruitysimo di perbaharui seperti ini( sambil tunjukkan pakaging). Sepanjang lawatan Un semalam, Un sangat teruja. Serius, Un sendiri merasa bangga, yang sebenarnya banyak produk makanan kita yang di export ke luar negara. Cuma mungkin kurang publisiti sebelum ini, kita rakyat kurang pengetahuan tentang ini. (Un lah tu!).

Sepanjang lawatan Un semalam, Un sangat teruja. Serius, Un sendiri merasa bangga, yang sebenarnya banyak produk makanan kita yang di export ke luar negara. Cuma mungkin kurang publisiti sebelum ini, kita rakyat kurang pengetahuan tentang ini. (Un lah tu!).

Wakil Jepun turut melawat ke booth peserta Malaysia Expo Halal 2019

Un juga di fahamkan oleh Puan Ony Nurhusni Owner Produk Annona bahawa pengunjung yang datang ke sini bukan hanya daripada warga Malaysia, malah ada juga wakil dari Jepun. Yang menariknya, Expo ini juga beri peluang kerjasama antara usahawan dalam negara. Kata Puan Ony lagi ;

” Melalui pameran MHE 2019 ini ada Spa yang menawarkan kerjasama dengan produk Annona”.

Tahniah Puan Ony

Puan Sally yang mengusahakan Pop Rice berkata,

“Melalui Malaysia Halal Expo membuka peluang kepada saya untuk promosikan produk kepada orang dalam negara bagi menjadikan Pop Rice ini wedding gift dan cendehati ketika majlis keraian. Expo ini sangat bagus.” – Puan Sally Pengusaha Pop RICE.

Jadi tema expo kali ni iaitu ‘Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020’ sangat membuka ruang untuk usahawan mempamerkan produk HALAL mereka, pada negara luar dan mengetengahkan bahawa Malaysia sangat mementingkan HALAL pada makanan dan juga barangan kosmetik.

Semoga MALAYSIA HALAL EXPO 2019 terus jadi pemangkin mengetengahkan produk halal negara pada pasaran antarabangsa dengan lebih luas. Pada masa yang sama, UN doakan produk halal Malaysia akan menjadi sebahagian barangan export ke JEPUN sempena MALAYSIA2 JEPUN ; OLYMPICS 2020. Tahniah kepada penganjur Malaysia Halal Expo 2019.

MHE 2019 Masa Un sampai, Un terus ke Hall 4 dan imbas je QR code yang ada dalam henset Un. Terus dapat pass dan hanya lekatkan pada baju, selesai. Dah boleh tour seluruh tempat pameran bagi Malaysia Halal Expo 2019. Masuk adalah PERCUMA, jadi boleh pergi ramai-ramai, untuk B2B dan juga networking.

Tahniah kepada penganjur Malaysia Halal Expo 2019.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *