Ummi sangat mementingkan apa anak-anak nak jadi di masa depan? Doctor , pensyarah atau usahawan? Bukan Ummi menidakkan usaha orang lain nak anak mereka berjaya, itu bagus. Tapi Ummi nak anak-anak Ummi mendalami bidang agama. Pada masa yang sama mereka boleh juga belajar menjadi usahawan berjaya. 9/10 kekayaan adalah daripada perniagaan. Oleh sebab itu, Ummi nak anak-anak berjaya bidang agama dan ceburi keusahawanan. Tapi sebelum berjaya , step 1 Ummi kena usaha dulu untuk penuhi yuran darjah 1 Along bagi tahun 2017.
Berkaitan : Perlukah tadika untuk ke darjah1? Bagaimana nak pilih untuk anak?
Biar usaha mereka sikit, tapi Allah swt beri ganjaran lebih. Bagaimana tu? Ummi nak memantau setiap hari anak-anak dhuha dan sebagainya bukan mudah bagi hari biasa. Jadi, Ummi dah cari sekolah yang ada unsur keagamaan ini. Supaya apa, biar jiwa anak-anak sebati dengan solat wajib, rukun islam, dan juga kenal perkara sunat.
Di sekolah SRAI anak-anak di peruntukkan masa untuk baca surah-surah lazim bersama sebelum mulakan kelas pada jam 730-740pagi setiap hari. Bagi Ummi ini usaha yang baik. Manakala di SRAI, anak-anak wajib untuk melakukan Dhuha pada jam 940pagi sehingga 1010pagi. Okay kan? 40 hari kita melakukan satu-satu perkara, pasti akan jadi habit. Tambahan bagi anak kecil, Ummi yakin dan percaya apa yang ditanam pada usia mereka kecil , pasti akan dituai pada masa akan datang.
Yuran Darjah 1 2017
Bagi sekolah SRAI 2017, Ummi semalam bayar dalam lingkungan RM460.00 termasuk baju sukan sekolah sehelai dan juga buku-buku. Bagi sekolah SRAI, mereka disediakan makanan tengahari yang mana sebulan RM50 untuk seorang anak. Jadi bagi Ummi berbaloi dan mudah untuk ibu ayah juga.
Sessi persekolahan SRAI bermula jam 730 pagi sehingga jam 3.30 petang. Namun, bagi ibu ayah yang ingin ambil anak lewat, disedikan kelas alquran dengan bayaran RM20.00 sebulan bagi 1 jam setiap hari sekolah kecuali Rabu.
Jumlah keseluruhan yuran sekolah 2017 bagi Along di anggarkan sebanyak RM1,110.00 termasuk duit makan tengahari RM50.00 setiap bulan dan kelas Al-Quran RM20.00 setiap bulan.
Perbelanjaan baju sekolah yang lepas semuanya dalam RM250.00. Jumlah sehingga kini dalam RM1360.00 . Ini untuk darjah 1 di sekolah SRAI. Bila Ummi bezakan dengan pendaftaran anak ke TADIKA sekarang…huuuuiii mahainya berbanding yuran sekolah 2017. Jadi , apa juga pilihan ibu ayah, semoga menjadi pilihan yang baik dan anak-anak kita jadi anak yang soleh dan beriman. Ibu ayah mestilah ada perancangan kewangan untuk persekolahan anak-anak, jadi apa juga semoga kita berikan yang terbaik untuk anak-anak dari sekarang sehingga kedepan, termasuklah bab simpanan (Ummi simpankan untuk anak-anak di SSPN-i PLUS) dan juga pemakanan mereka yang seharusnya kita jaga.
Mahalkan perbelanjaan sekolah anak-anak zaman sekarang..
Semoga mereka berjaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..
baru baca secara online, yuran tadika naik sehingga 50% macam tak percaya
Berbeza sgt…ke depan ni baru nk kenal alam sekolah anak2…huhu
semoga menjadi anak yg soleh
tengok sekolah la.
ada yang mahal..ada yang murah.
BAB 3 : PENGANGKUTAN Ada beberapa cara anda boleh memasuki Singapura. Sama ada menggunakan kereta, motosikal atau bas. Setiap satu cara diterangkan di dalam bab ini. Pengangkutan untuk bergerak di dalam Singapura juga turut diterangkan di dalam bab ini. BAB 4 : TEMPAT PENGINAPAN Jika anda sememangnya tinggal di Johor Bahru bersama keluarga, ini mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi, bagi yang bukan berasal dari Johor Bahru. Anda perlukan tempat menginap sama ada sebelum mendapat kerja ataupun selepas mendapat kerja. Jadi, dimanakah anda perlu menginap? Di dalam bab ini saya ada cadangkan tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah. Sesuai untuk penginapan sementara apabila anda sampai di Johor Bahru. Malahan, saya tunjukkan juga cara-cara untuk anda mencari tempat tinggal yang tetap selepas anda mendapat pekerjaan di Singapura.