Isu van bas sekolah untuk anak-anak pergi dan balik ke sekolah. Berapa ramai ibu bapa yang kaji dan memastikan anak-anak mereka di lindungi insurans? Ya memang benar, pengusaha bas sekolah tersebut dah lama bawa bas dan van untuk mengangkut anak-anak pergi dan balik sekolah. Tapi apakah mereka dah penuhi syarat yang ditetapkan. Agak-agaknya ada permit ke van dan bas sekolah untuk anak kita?

Kebaikan memohon permit van dan bas sekolah:
Insurans disediakan bagi melindungi penumpang:
- Kenderaan juga berada dalam keadaan selamat oleh PUSPAKOM
- Semua kelengkapan keselamatan disediakan oleh pemandu
- Kenderaan juga didaftarkan dan tidak berlaku penyalahgunaan permit
Jika tengok tempoh , ini hanya untuk tahun 2013-2014. Untuk tahun 2017 mungkin laman web SPAD ada meklumat.
Ummi nampak bahagian perlindungan manfaat ini sebagai satu perkara yang wajib di titikberatkan. Perkara yang terjadi bukan pinta kita, tapi sebab itulah dengan perlindungan Insurans, ianya selamat dan wajib dimilik jika anak menaiki van dan bas sekolah. Ummi baca dan tengok cerita lama pasal bas sekolah, perkara Ummi paling takut adalah jika berlaku perkara tidak diigini.

Cara memohon permit van dan bas sekolah:
- Pastikan anda sudah mendafatar peniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Sila layari laman web SPAD atau
- Isi borang dengan lengkap dan boleh hantar ke pejabat SPAD terdekat.
- Sila lampirkan semua dokumen yang diperlukan seperti:
- Bayaran proses permohonan sebanyak RM10.00 bagi setiap permit kenderaan yang dipohon
- Salinan SSM/Sijil Pendaftaran Pertubuhan/Sijil Pendaftaran Koperasi
- Dokumen pengesahan meletakkan kenderaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah & Galian (PTG), Felda/Surat Pengesahan Syarikat/Surat kebenaran pemilik tapak
- Bukti kewangan (sekurang-kurangnya 30% dari jumlah harga kenderaaan); salinan penyata bank 3 bulan terkini dan diakui sah oleh pihak bank/salinan surat kelulusan pinjaman dari bank (jika ada)/salinan slip simpanan tetap (jika ada)/ salinan sumber-sumber lain kewangan seperti ASB/Tabung Haji dan lain-lain.
- Surat wakil (jika berkaitan)
- Salinan Laporan teraudit tahunan yang terkini (untuk syarikat Sdn Bhd/Bhd yang mendapat Sijil Pengecualian Pertubuhan/Koperasi/Persatuan)
- Salinan Penyata Untung Rugi peniagaan yang terkini ( untuk milikan tunggal & perkongsian)
moga anak-anak kita semua dilindungi dari segala kecelakaan.. biasanya van / bas sekolah kuning ni dah ada permitnya.
ema recently posted…Bila Family Dari Kelantan Datang Ke Kuala Lumpur