Wajib baca untuk pedoman pada isteri. Hari ini hari off sebab dah kerja hari Ahad lalu 18/12. Memandangkan duduk di rumah saja, terpikir nak pergi 1 job ini kat Shah Alam. Dah dapat email lama dah. Dan memang plan nak pergi. Tapi memandangkan hari iniĀ dari pagi duduk rumah, kemas rumah sikit dan buat beberapa kerja rumah, tiba-tiba mood malas nak pergi sana menjelma. Rasa macam nak buat pahala melayan suami, tapi ada rasa nak pergi jugak!
Pilihan mana satu nak buat?
Dua tiga kali telefon kat suami tanya nak pergi ke tak Shah Alam? Haish! Mai mood gini pula kaedahnya! Suami cakap pergi la, takpa nanti petang dia balik dalam jam 2petang dia masak lauk sendiri. Hish! Ini dah kurangkan markah ni, kalau masak dapat pahala lebih melayan suami.
Mula terpikir :
Aku nak pergi makan, tapi suami kena balik masak sendiri kat rumah. Apa ke halnya aku ini. Kalau masak dapat pahala, makan dengan suami berdua-duaan pun dapat”.
Bermonologlah sendirian. Scroll facebook kawan-kawan, apa yang dijumpai adalah bab suami. Terbaca pasal iniĀ :
Akak kata kalau kita makin berlembut makin jaga hati suami Allah akan bagi rezeki banyak kat kita.
Ujian tu bukan untuk melemahkan tapi menguatkan.Dan bila kita dah tempuh dengan positif inshaAllah ujian tu pun kita akan nampak sebagai asbab rezeki.
Rezeki alhamdulilah bila Allah bagi peluang untuk kerja dengan suami,Rezeki Alhamdulilah bila makin banyak masa dengan Allah dan anak anak,Rezeki alhamdulilah dapat rasa lebih tenang,Rezeki alhamdulilah Allah bagi rezeki macam macam,rezeki dapat kawan kawan yang baik alhamdulilah,rezeki makin rapat dengan adik beradik.
Memang selama ni kita baik dengan suami,tapi kalau boleh kita lebihkan lagi…cuba untuk bertenang walau seletih mana sekalipun.
Itu kisah 2 tahun lepas
Alhamdulilah Allah tu maha adil,maha baik dan sentiasalah kita berbaik sangka denganNya.”
Rezeki Tanpa Diduga
Terus buat keputusan tak jadi ke Shah Alam. Dan serious, menitis air mata, takala buat keputusan untuk suami akhirnya Allah swt hantar rezeki tak disangka-sangka. Customer wassap order JUZQ30 6 kotak dan Kopi Pegaga 4 kotak. Allahuakbar, Allah hantar pengajaran direct pagi ini supaya jadi isteri solehah. Kadang lupa, rezeki datang bukan sebab kita, tapi sebab anak-anak dan juga suami yang sentiasa doakan kita. Semoga kita semua jadi isteri solehah. Amin
Alhamdulillah…tulah ada keberkatan kat situ..
Alhamdulillah…
Rezeki datang tanpa disangka… Hanya Allah sahaja yang tahu, bila nak bagi rezeki pada kita… Jadilah hamba Allah yang terbaik…
Yup kdg kita terlupa, ganjaran lebih banyak kalau utamakan suami & keluarga. Untung u dpt suami yg sporting.
Alhamdulillah
Berkat utamakan keluarga dulu
Alhamdullillah. Peringatan untuk diri sendiri jugak