Food Review,  Isu Masyarakat,  Review Produk Dan "Event"

Nak Segak Minum Kopi Pegaga Warisan!

Kopi pegaga warisan memang sedap di minum setiap masa, tanpa kira waktu. Tanpa gula berlebihan dan menggunakan kopi putih berkualiti tinggi. Ramai orang dah rasai kesan yang baik daripada minum Kopi Pegaga Warisan ini. Nak tahu kena buka IG : Ummi_nani

kopi pegaga warisan

1001 Khasiat Pegaga

Bahan aktif pada pegaga yang merangasang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.

Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.

Pegaga juga dikatakan mampu ­meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.

Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.

Istimewanya, ia me­ngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.

Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang­kan kulit dan menjadikannya lebih tegang.

Lebih me­ngujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping mening­katkan peredaran darah.

Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuat­kan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan ­saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.

Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandu­ngan nutrien mampu me­nyuburkan kembali rambut tidak bermaya.

Ia mampu me­nguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, me­nguatkan salur darah dan akar rambut serta mengelak masalah rambut yang lain.

Peredaran darah yang baik di kulit kepala membantu meningkat­kan aliran oksigen, seterusnya mengelak masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.

Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah. Bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan serius, penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:00 AM Sumber : Harian Metro

Kopi Pegaga Warisan

Kopi pegaga ini antara favourite kami sekeluarga. Daripada anak sampai la dewasa, semua suka. Malam-malam Along yang bancuh untuk Abah depa. Bukan apa seronok nak main.Bancuh kopi untuk abah pun boleh jadi terapi anak beranak. Anak-anak suka dilayan sama macam suami, yer kan? Bila setiap malam depa dapat bancuh kat abah depa, macam satu kepuasan.

Kopi pegaga ini Ummi suka, sebab jika amal setiap hari ianya bantu Ummi untuk nyah toksik dalam badan juga. Setiap hari Ummi ambil 2 sachet masa kat pejabat. Satu pagi dan 1 lagi waktu petang dalam jam 3.00 petang. Kalau ikutkan masa pejabat sahaja dah 2 kotak sebulan.

Dah tau khasiat pegaga kan..siapa teringin nak cuba boleh sms : kopi pegaga 011-1307 8546 Harga sekotak Rm30.00 sahaja dan ada 20 sachet dalam setiap kotak. Sayangi kesihatan dengan amalan minuman dan makanan sihat. Selamat mencuba. 🙂 Nak tengok testimoni boleh tengok di IG : www.instagram.com/ummi_nani okay..selamat mencuba.

Entry Menarik :

Resepi kuih keria gula melaka

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *