Keceriaan Hati ~ Penghilang Segala Penat vs Duka…

Inilah pengubat hati,penambah perasa..hehehe sekejap je dah besar kan…Betapa nikmatnya ciptaan Allah s.w.t kerana memberikan aku peluang menikmati indahnya menjadi ibu…Aku pasti tanpa kehadiran anak ini di sisi pasti amat dirindui..Adusss..jiwang lak… Mustaqim dah pandai makan..ehm..sebagai ib aku rasa x ramai ibu buat macam aku…nak tau apa dia?? Mustaqim x selalu  makan bubur  nasi tau..kalau makan pun mesti dia luah balik..Akhirnya…aku bagi dia makan capati bersama mushroom soup..selera dia makan..Tengoklah betapa cerianya bila perut dah berisi…heheh…
Ha ..ini lagi pakaian favourite..bila pakai je costume ini ..ehm..dia xnak tido..semangat spiderman agaknya..kesana sini xlarat nak kejar…Hari ini first time pakai baju ni p Giant..ahahaha salesgirl dan public yang nampak dia semua tengok jek..yang tak tahan..mula la Mustaqim ni tersengih2 bagi respon..ahaha..yang minat dia tu semuanya ladies..ahahaha makin suka la Mustaqim niii…Alhamdulillah kerana Allah s.w.t memberikan aku anugerah yang sangat berharga ini…syukur pada-Mu ..

Pertumbuhan Gigi Kanak-kanak

Apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan gigi?
Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

Apakah tanda-tanda yang menunjukkan gigi anak anda tumbuh?
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :

Menangis kerana tidak selesa.
Suka menggigit atau mengunyah.
Melelehkan air liur.
Demam (suhu badan meningkat sedikit).

Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan segera.

Apa yang boleh anda lakukan bagi melegakan rasa tidak selesa semasa pertumbuhan gigi?
Cuba petua di bawah untuk melegakan rasa tidak selesa anak anda:
Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.
Berikan ubat penahan sakit jika perlu.

Peringatan
Sapu sedikit gel penahan sakit pada gusi yang berkaitan kerana anak kecil tidak pandai meludah dan mungkin tertelan gel yang berlebihan.

Jadual pertumbuhan gigi
Rajah berikut menunjukkan peringkat pertumbuhan gigi susu

Jenis gigi
Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

ANTARA perkara yang menggembirakan ibu bapa ialah melihat gigi pertama anak kesayangan mereka tumbuh. Dalam kegembiraan itu, ramai ibu bapa terlupa atau tidak tahu bahawa tanggungjawab menjaga gigi si kecil sudah bermula. Caranya mudah, iaitu membersih gigi dengan sehelai kain lembut yang dilembapkan setiap kali selepas disusu. Mungkin ada yang bertanya, adakah perkara ini perlu kerana gigi si kecil hanya ada sebatang, itu pun baru nampak seperti satu garisan halus.

Jawapannya perlu. Ia penting untuk memupuk tabiat menjaga kebersihan gigi sejak anak masih kecil, iaitu setiap kali selepas makan atau minum susu. Malah, ada doktor gigi berpendapat, ia boleh dilakukan lebih awal sebelum tumbuh gigi bagi membiasakan anak dengan amalan ini.

Bersama anak Tercinta …tersayang…termanja..

Pertama kali bawa Mustaqim pergi pantai..rupanya takutkan laut..opss,samada takut atau geli..sebab apa, kalau mandi di rumah, susah nak keluar bilik air, suka main air.Tapi lainnya di pantai, tak mahu dia..
Oppss…apa ni di kaki dia..eee..muka tak nak senyum..geli la tuh..atau pun panas..pelik-pelik, kecik-kecik lagi memilih tempat nak main…
Dah siap di laut..okay la muka dia..anak sapa ntah ni…okay la, dah jejak di pasir pantai kan Mustaqim…Nanti kita ajak abah jalan-jalan lagi.. P.D March 2011

Malam Mess Bersama Suami Tercinta

 Sambutan Mess Night di Hotel Nikko Jalan Ampang Kuala Lumpur.Pastinya hari yang indah pergi majlis bersama suami tercinta. Terima kasih suamiku kerana sentiasa menemani isterimu..Majlis ini untuk menyambut KPKL yang baru, Tapi Pastinya aku lebih meraikan suami tercinta sempena pertukarannya ke KL..Semoga kebahagiaan kita dan kerjaya yang menjadi rezeki keluarga kita bertambah berkat dengan izinmu aku keluar bekerja..Suamiku, indahnya hidup ini dengan berstatuskan isteri setiap hari keluar bekerja dengan restu suami.
Ini adalah antara makanan santapan pada malam tersebut.
Kenangan kita bersama, andai ini adalah majlis Mess terakhir..hahahah..hanya suamiku yang faham kan..
~Mua’zam~
~Nani~
Majlis berakhir pada jam lebih kurang kul 0200 am..tapi pastinya aku bersurai awal dengan kebenaran Dato Pahlawan. Terima Kasih Dato’.

Susu Untuk Anak

Selain susu ibu, anak juga pastinya perlukan susu tambahan kan..anak aku -Mustaqim hari ke-2 dah mula minum susu tambahan..maka, aku dan suami pilih susu anmum…Mula-mula survey harga susu di pasaran… Harga di pasaran “peneraju harga terendah”..RM 45.9…survey lagi…di “bandingkan harga kami” RM 43.90…Rupanya ada lagi murah di Kulim, hanya kedai menjual barangan bayi, harga hanya RM 41.90…wah, apa lagi shopping la banyak-banyak. Walaupun, sesekali beli banyak,nampak macam banyak duit mengalir…tapi kalau beli sikit2 di mana-mana pasaraya pun rugi juga…Beli…beli ..stok untuk anak… 🙂 
  Untuk anakku yang dah hampir 6 bulan maka, pilihannya tetap sama di BABYLAND , kulim…Inilah peneraju harga terendah sebenarnya….sekotak hanya dengan RM38.90…Cuba bandingkan,..lain-lain tempat mahal kan….UO pun RM 41.90…ehm..beza harga hampir RM 3.00…Cuba kira-kira..kalau sebulan 3 kotak..maka dah rugi RM 9.00….Bukannya nak berkira…Cuma apa nak disampaikan adalah bijak berbelanja…….

Mustaqim Dapat Mainan




Ehm, aku suka, ni la gelagat anak kesayangan aku yang suka sangat bila dapat mainan…hehehe teringat dulu masa kecik-kecik xdak pula aku dapat mainan macm ni..Tapi suka-suka mustaqim ni ummi ngan abah la penat pastinya. Tau sebab apa??ehm apa tidaknya mustaqim mana boleh duduk lagi..so, ummi ngan abah kena bantu..



Tengok la..ada je aksi anak-ku ini…hish..hishh….mustaqim nih..baik-baik jatuh ye Sayang…Ni jeep  pulak dah…tinggi sikit, bahaya juga  sebenarnya. Biar pun masih x cukup umur nak naik, bagi je peluang naik…opss….takut ke ??