Sehari di PENANG- Part 1

Perjalan ke Pulau Pinang dengan menaiki feri. Saja je sebenarnya nak bawa Mustaqim dan keluarga lain merasa angin laut. Sesekali naik feri best juga. Kebetulan dapat duk bahagian depan pula tu. Alhamdulillah.Tapi masa ini Mustaqim baru bangun, tu sebab tgk muka dia mcm tu. 
Gambar kat bawah ini adalah masa petang di tep laut makan rojak dengan ABC. Kata suami..mmg org Penang cari duit, tak sedap langsung dah la mahal. Rojak pun sama..takpa la anggap je rezeki..tapi lain masa..x p dah kot kat tepi laut area Queensbay ini(area jeti Pulau Jerejak). Yang betul-betul kat Queensbay x tau la x p pun..lalu je situ..

Masa duk ambik angin di sini, Mustaqim suka tengok kapal terbang.Heheheh suka tengok anak bujang ini dah pandai layan benda-benda disekeliling dia. Alhamdulillah.
Bye.

Sehari di PENANG- Part 2

Assalamualaikum, entry kali ini nk story  kami sekeluarga pergi melawat keluarga di Pulau Pinang pada 14/2/2012. Nama kampung ni Kg Jawa. Kalau nak p , kawasan ini dekat dengan Bukit Jambul. Dekat juga dengan roundabout Bayan Baru. Sejarah kenal dengan keluarga di Kg Jawa ini bermula pada tahun 2007 masa mula saya kerja di  Penang. Jom dekati mereka.
Ini gamabr suami dengan Aiman dgn Adik. Ehm, Aiman ni minat nak jadi polis juga, sebab tengok Paklang *suami .Hehehehe idola Aiman. Seronok dengan budak-budak ini rajin belajar. Masa sampai di Penang, paklang kena jadi cikgu matematik.Ajar Aiman dgn Adik. 

Ini gambar saya dengan Aiman, Fatin, Adik dan Mustaqim. Seronok sangat jumpa depa semua ini.

Kalau nak cerita pasal semua di Kg Jawa ni xhabis nak cerita. Betapa baiknya mereka semua. Bermula dengan makcik mita, maktam bibah , fatin, kak ziha dengan  keluarga termasuk Aiman , Adik dengan Angah dan ramai lagi. Ada juga Aci depan umah makcik mita, Baik juga orangnya..sedih tu, dia kata dia rindu saya..masa jumpa semalam Aci ni menangis sedih dan rindu. Dia siap kata, dalam 2-3 hari sebelum ini, terdetik dalam hati dia nak jumpa saya. Sob…sob..sob..Sedih , terharu di sayangi gitu.
Sekejap je singgah di Penang sebenarnya. Pagi 15/2/2012 terus bertolak ke Kuala Khubu Bharu. Sebelum bertolak sempat habiskan kerja-hantaq brang pra pendaftaran krusus bagi tahun depan. Alhamdulillah.
Insyaallah ada masa akan singgah lagi ke Kg Jawa, Bayan Baru Penang.
Wassalam

Cuti di kampung

Assalamualikum semua blogger..
SEkarang umi bercuti dgn anak umi dan keluarga..hehe bestkan dapat bercuti..duk perlis ni tak tau nak p mana dah, p mai pi mai tang tu..Pdg Besar, The Store, Kuala PErlis..hehehe.. Teringat kenangan-kenangan dulu, membersar di sini bersama orang-orang tersayang..eheheh

Bestkan sekali sekala ddapat bercuti..nak hbis kan cuti yang sementara ini bersama org- org penting dalam hidup..hehehe..yang penting dapat makan makanan yang best-best gitu..

OKaylah, umi dah xdak nak story apa dah..bye.bye.

Anak anugerah Allah s.w.t

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani


10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh
  1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
  2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
  3. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
  4. Selalu membaca al-Quran di rumah
  5. Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  6. Hidupkan budaya memberi salam
  7. Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  8. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
  9. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
  10. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
  11. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
  12. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
  13. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.

Kelopak mata kanan bawah bergerak-gerak

Hari ini kelopak mata bawah kanan asyik bergerak-gerak. Saja je nak tgk apa kata org dalam google ni. Jap nak highlight sikit; 

  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
 Menurut sumber yang saya jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis
  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi
  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia
So, dalam hati ini, kalau ye pun berita gembira, mestilah saya gembira lagi 3 hari nak balik kampung tengok anak kesayangan setelah hampir 11 hari berkampung di USM.heheh..wallahualam…Allah s.w.t Maha Mengetahui. 

Amin.

Silaturrahim

Entry ke…xtau berapa dah..heheh malam ni 6hb feb 2012, bersama dengan suami/teman setia hehee dan makcik mita pergi jumpa kawan lama nama Kak Jah..dulu masa kerja di JKR Pulau Pinang. Ramai lagi kawan masa di JKR 2007, tapi tak sempat nak jumpa semua orang. Kebetulan duk di USM dekat dengan rumah Kak Jah ni, sempat la nak menjenguk.
Keperibadian Kak Jah ini membuatkan saya rasa sangat bahagia/seronok. Sebabnya; Kak Jah ni lemah lembut orangnya. Sangat seronok bila lama xjumpa dan berbual dengan orang lama ni. Alhamdulillah. Sentiasa berdoa, agar ukhwah ini sentiasa terjalin dan persuadaraan ini kekal selagi hayat ada. 
Insyaallah. 
Amin

Exam ~ Koleksi Exam PJJ Usm.

Entry kali ini story pasal exam di USM Pjj 2012..kami menduduki exam sejak 28 Jan sampai la 11 Feb 2012. So, masa ini la nak pulun study habis-habisan. Heheeh inilah lumrah sebagai pelajar jarak jauh ini. Tapi alhamdulillah, kami semua kat bawah ini dapat tempuhi dengan baik sehingga tahun 2 ini.

Ni suamiku…experience jawab exam..pen habis dakwat..agaknya banyak sangat tulis tu. Idea mencurah-curah..Alhamdulillah..


Nilah dua orang dibelakang saya yang sentiasa bagi sokongan dan kerjasama sepanjang kami belajar PJJ ni. Alhamdulillah kami sekepala.So, kerja susah jadi senang. Harap impian kami nak grad sama-sama akan tercapai.


Inilah saya..heheeh masa ni jawab exam Debat Persekitaran. Alhamdulillah semuanya jadi senang.


Ni lagi dua orang sahabat kami..Mira dan juga Ena. Kami seronok berjumpa dan kami boleh berkawan dengan baik. Alhamdulillah.

Sepanjang kami  belajar ini, laman web yang jadi teman rapat kami adalah ; 

Wassalam.



Our Journey part 2~Feringgi Night Market

Entry ke-2; Malam ni 5/2/2012 ahad malam kami sempat lagi pergi jalan. Niat awal nak keluar makan je, tapi     dah masuk jalan salah sampai ke Masjid Negeri Penang, kami lajak terus pergi Batu Feringgi. Dalam perjalanan sempat singgah makan Mee Udang dan minum-minum. Lepas tu solat magrib dan terus pergi jalan kat night market. Jom layan gambar-gambar yang ada..

Ni gambar burung hantu..sebenarnya ni rantai.

Ni suami-azam, belakang tu The Ship..ada steak..hehehe 

Nak juga ambik gambar.

Replica beca yang comel..tapi tak beli pun

Comelkan, makan big apple dunkin Donut. Sebenarnya ini adalah pelekat peti ais. Tak beli juga..kecik sangat..tapi comel.

Sedapnya..kek tiruan

Pandainya uncle ni lukis..kalau la saya yang lukis..habis la comot.

 heheh Nak juga bergambar..memang kesukaan..Last balik beli pelekat peti ais je rm10 utk 3. heheehehe 
Dah habis jalan, kami lapar lagi..nak pergi makan nasi kandar beratur.tapi mak ai…panjang dalam 30 minit/ setengah jam pun belum tentu dapat pinggan..malas la berebut..balik makan kat Kassim Mustaffa je..ehm..nanti nak jalan lagi..Journey part 3.hehe 
Wassalam.