Alhamdulillah berakhir sudah sessi pengajian kami di Maktab PDRM Cheras bagi sessi kohot 3 – September 2019 – Mac 2021. Sepanjang sessi ini pelbagai rintangan kami lalui bersama. Pengajian sepenuh masa tajaan JPA ini adalah program khas bagi pegawai kanan yang ada kelayakan Diploma dan juga terbuka kepada lantikan KPSL yang masih belum memiliki Diploma. Alhamdulillah usia bukan penghalang, dalam kelas ini ada antara pegawai terlibat berusia dari 35 tahun – 50tahun. Syukur alhamdulillah atas peluang yang diberikan untuk kami semua menambah pengetahuan dalam bidang kepolisan dan perundangan. Maka, kami pun diraikan dalam satu majlis Konvokesyen PDRM di Maktab PDRM Cheras Kuala Lumpur.


Konvokesyen PDRM – DESS Kohot 3 (2019/2021)
Tahniah kepada semua pegawai yang terlibat termasuk Lt Aswandi daripada TLDM yang telah bersama-sama kami dalam mengharungi kursus jangka panjang ini dan telah berjaya menimba ilmu kepolisan secara tidak langsung. Tahniah kepada rakan-rakan pegawai yang berjaya menamatkan pengajian dengan mencatatkan kejayaan tersendiri. Alhamdulillah, kalian semua hebat. Selamat meneruskan perjuangan dalam bidang kerjaya masing-masing.




DESS 2019/2021 – Kursus jangka panjang PDRM dengan kerjasama Universiti Malaya. Diploma Eksekutif Sains Siasatan yang memfokus kepada perundangan dan siasatan Bidang atau kursus yang ditawarkan fokus kepada kenegaraan dan juga Akta Keterangan serta Prosedur Jenayah.
Maktab PDRM Kuala Lumpur – 16 Feb 2022
Sokongan keluarga – tiada tandingan



anpa sokongan keluarga, takkan dapat habiskan perjalanan ini. Sept 2019, masa tu belum pandemik. Awal pagi dah tinggalkan anak² demi nak kejar masa ke Maktab PDRM dan hadir kelas secara bersemuka di Maktab dan UMCCED.
Pandemik 2020 – kelas online pun ada cabarannya. Anak PDPR , UN pun kelas, nak urus asignment sendiri, tigasan sekolah anak 3 org masa tu. Allah sahaja yang tahu, kekalutan tu. Ianya akan terus mekar dalam memori.
Sekadar menyimpan kenangan. Ada memori tersimpan , pahit dan manis kami semua sepanjang kursus ini. Tahniah kepada mereka yang telah dapat posting samada posting pilihan atau pun yang ditentukan. Semoga bertemu lagi pada bila-bila masa selagi kita semua masih dalam PDRM. Selamat maju jaya.