Confident dan kedepan. Bukan mudah nak bina kepercayaan diri. Kalau dulu Along tak nak, malu nak kedepan, alasan diberikan biarlah kawan buat. Tetapi sejak bertukar ke sekolah Raudhah Islamic School, Along jadi lebih berani dan dia secara tidak langsung sedang bina keyakinan diri. Berani sebab dia diberi peluang mencuba sesuatu yang baru. Lagi pula bila pelajar tak ramai, pusingan ‘turn’ tu lebih cepat. Budak-budak lebih cepat belajar, berani dan boleh belajar buat keputusan dengan baik.
Bina keyakinan diri anak

Pelajaran macam ni tak semua tempat dapat, sebab bila ramai bilangan pelajar, fokus pada anak kita kurang, persaingan lebih. Yang lebih kedepan dia la maju, yang pemalu ketinggalan.Pada usia sekolah rendah, masa ni memang sangat berharga. Masa ni nak bina jati diri, keberanian, yakin dan bina daya kepimpinan dalam diri. Tak semua orang ada benda ni, bila tak ada itu yang jadi pemarah, tak yakin dsbnya.
KESANNYA bukan serta merta tetapi kesan pada jangka panjang. Tak percaya, lihat dunia sekeliling, siapa dalam lingkungan anda. PERSEKITARAN itu yang membentuk jiwa dan diri kita, biarpun didesa atau bandar, semua ada peluang sama. Masa sangat berharga, jadi selepas sekolah teruskan belajar dan belajar.
Belajar secara berterusan di Fly High Training Centre





Kalau Along- akademik dia masih belajar secara berterusan dengan Flyhigh Training Centre . Disini pun dia belajar jadi pelajar yang cepat pick up, seiring teknologi. Mak ayah, zaman la semua hujung jari.. nak maklumat pasal tuisyen ada di blog UN – jemput baca. https://umminani.com/…/mencari-kelas-tuisyen-online…/
Anak-anak ibarat ladang kita, jika benihnya baik, dibaja dan disirami kasih sayang dan makanan yang baik, insyaallah satu masa nanti mereka memberikan hasil dan pulangan yang baik kepada kita atau sekurang-kurangnya mereka senang terbang untuk hidup. Sama-sama kita doakan anak-anak lebih berjaya dunia dan akhirat. Mereka senang, kita bahagia dunia dan akhirat juga. Biar kita dan anak-anak susah sekarang tetapi punya masa depan yang baik dihadapan, jangan berhenti mengejar impian.