Umminani

Lawatan pertama DESS 2019/2021 ke Pengkalan TLDM Lumut

Lawatan pertama DESS 2019/2021 adalah ke Pengkalan TLDM Lumut. Kami bertolak ke Manjung pada semalam Jumaat 18/10/2019 jam 1515hrs tayar bergolek.

Ya Allah, happening gila… memanglah rasa macam keluar jauh tu. Masing-masing seronok, bebas keluar melihat dunia.

Singgah solat –

Kami singgah solat dan tea time.di R&R Rawang. Lepas tu teruskan perjalanan ke Manjung dan dinner di Fauzira Restoran Manjung. Makanan kat sini overall sedaplah bagi aku. Ikan dan tomyam sedap, sotong goreng tepung je out of taste. Hahaha tepung menimbun, hilang sotong dari radar..kah kah kah

Ini suasana dinner kami.

Lepas tu bergerak terus ke Ritz Hotel yang tak jauh dari Fauzira Restoran. Sampai hotel, solat and terus letak kepala, ingat mau lepaking seketika, tapi hanyut sampai subuh baru sedar.

Hari ini nak teruskan perjalanan ke Pengkalan TLDM…nanti sambung catatan memori ini okay✌🏻 bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *