Just short review : Skechers Men Goodyear Elite Flex Prime Sport Shoes | Skechers Women Goodyear Ultra Flex Prime Sport Shoes – 149397-LAV – 2022 ni kami cuba tukar selera daripada kasut jenama Footlink dan Medishoes kepada Skechers . Jom nak kongsi tentang Skechers Sport Shoes Goodyear.
Satu untuk suami satu untuk UN. Actually nak beli kasut kerja – yes ada je jenama Skechers untuk kasut kerja pun. Suami beli juga sepasang yang casual look la. Bukan kasut kerja yang hitam/ kerawang untuk pegawai yang macam biasa beli tu.
Skechers Men/Women Sport Shoes
First try memang selesa sangat. Dan selama pakai untuk sebulan ni, teruja sangat. Dan yang bestnya, memang selesa sangat. Pakai dengan skirt pun lawa. Serius kalau korang yang mencari kasut selesa mesti cuba Skechers .
Antara pilihan yang ada di website / shopee :
Kami pilih design yang sama, bezanya warna sahaja. Kasut ini ringan dan selesa untuk pakai sukan atau berjalan. Bagi UN yang sekarang ni memang banyak berjalan di pejabat, serius selesa pakai. So, no wonder pakai doktor di hospital pun ramai pilih Skechers. Menarik lagi, model kasut Skechers ini juga boleh dicuci dengan mesin khas untuk penjagaan.
Skechers Sport Shoes Goodyear: Kenapa Goodyear?
Kenapa Goodyear? Skechers telah mempertingkatkan teknologi untuk kasut mereka melalui kolaborasi bersama The Goodyear Tyre & Rubber Company. Jadi lebih bagus dan tidak licin. Maka, kasut-kasut keluaran Skechers akan lebih tahan lama dengan kemampuan cengkaman dan tarikan yang baik untuk apa juga bentuk permukaan atau keadaan cuaca.
Kami dah jatuh cinta dah dengan Skechers ini. So kalau belum pernah cubalah. Harga website adalah harga tetap, kalau kat outlet boleh dapat dengan harga lebih murah. 2 pasang selepas diskaun RM620.00 sahaja. Selamat mencuba. Semoga kita semua dapat jaga tubuh/posture badan dengan lebih baik, mahal atau murah bukan pada harga, sebab nilai kesihatan adalah yang lebih penting. Tubuh kita nak pakai lebih lama lagi. Jadi hargai diri dan kesihatan tubuh. InsyaAllah 🙂
Skechers memang sangat selesa, biasanya akak kalau nak beli mesti tengok jenis tapak kasut tu dulu. Mesti kena sesuai dengan lifestyle kita juga. Ini pun satu pelaburan untuk kesihatan. Siapa ada masalah tumit atau cepat letih kalau berjalan lama wajib pilih jenama Skechers nih. Hari tu nampak gak yang collab dengan Good Year nih tapi tak ambik sebab over budget, so akak ambik stok yang clearance jer. Nanti nak tulis jugaklah pasal Skechers nih.
Ya kak, un sebelum ni jarang suka.. tiba-tiba rasa nak ubah selera. tapi berbaloi sangat.
Saya pun dah bertukar ke kasut Skechers. Lembut selesa berjalan ke mana-mana tak rasa sakit kaki. Cuma leceh nak kena rajin bersihkan sebab keliling luar dia tu warna cerah
Jenama ni memang dah setaraf jenama kasut sukan yang besar-besar.
ya, yang penting kita selesa untuk pakai secara harian.