Alhamdulillah, zaman dulu nak hidup dengan pembiayaan daripada PTPTN. Dengan duit PTPTN, dengan bantuan gaji ayah yang tak seberapa dapat belajar kat Universiti. Zaman tu juga, kalau cakap U tu seronok sangat. Mak ayah yang orang kampung ni susah payah akan pastikan anak-anak belajar untuk berjaya. Alhamdulillah selepas pelbagai cabaran ini aku akan lalui konvokesyen Universiti Malaya pada 13 Mac 2022.
Sokongan keluarga, mak ayah sebenarnya amat besar peranan dalam diri seseorang. Sebab itu yang membentuk jati diri dan percaya diri. Kalau mak ayah abaikan anak-anak atau pilih kasih, percayalah itu yang buatkan keluarga besar tidak pernah nak harmoni. Malah timbul pelbagai masalah lain.
Terima kasih mak ayah atas doa dan usaha nak bagi pendidikan pada kakak. Tanpa mereka aku bukan siapa-siapa hari ini. Ayah hanya pekerja ladang tebu, zaman tu gaji berapa la sangat, siang malam dia usahakan yang terbaik untuk keluarga. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan ayah. Ayah tinggalkan kami pada tahun 2014 sehari sebelum raya aidilfitri. Terima kasih ayah.
Konvokesyen 2007 UiTM
Seorang yang bernama Nooraini, yang takkan pernah mengaku kalah sebelum berjuang. Tetapi atas beberapa perkara, terpaksa tarik diri ketika degree di UiTM dan USM tahun-tahun lalu.
Aku pernah beberapa kali tersungkur. Aku bukan drp keluarga kaya. Dulu tahun 2003 sambung Dip. Perakaunan di UiTM dengan pinjaman PTPTN. Lepas Diploma, aku sambung 1 semester Deg.Perakaunan. Tetapi kerana kekangan kewangan, aku nekad berhenti belajar dan terima tawaran kerani di JKR Penang. Dengan jawatan W17, dan perjawatan bawah kerajaan negeri.
NEKAD nak belajar, 2007 aku sambung Degree Sains Sosial USM secara PJJ dan pada masa sama, pada waktu malam kerja part time kedai roti di Bayan Baru, Penang. Sehinggalah terpaksa extend kerana,pada tahun 2008 masih ada pengambilan inspektor polis menggunakan diploma. Aku mohon dan di rezekikan aku diterima dan akhirnya bergelar inspektor polis.
Selepas tamat latihan polis di Pulapol KL, sekali lagi aku nak teruskan belajar. Tetapi Allah maha mengatur, ada dpt rezeki anak yang ketika itu sambung menyambung mengandung dan bersalin. Sekali lagi aku tewas. Dan berhenti daripada pengajian kerana faktor kewangan juga tidak menyebelahi. 😭.
K onvokesyen Universiti Malaya : Diploma Eksekutif Sains Siasatan
Aku simpan niat, aku mesti belajar.. Sehinggalah 2019, aku cuba asah balik minda, aku mohon #DiplomaEksekutifSainsSiasatan kerjasama PDRM dan UMCCED . Aku dpt belajar dengan tajaan JPA. Alhamdulillah. Ini adalah gambar pre photoshoot bersama keluarga, memandangkan zaman pandemik ini sangat menghadkan kemasukkan keluarga dan ahli keluarga yang terhad, maka aku buat photoshoot awal sebagai kenangan.
Konvokesyen Universiti Malaya dibawah anak syarikat UMCCED – pada 13 Mac 2022. Belajar disini sebagai salah satu proses mengingat dan mempelajari teknik pembelajaran yang telah lama ditinggalkan.
Bila dah tamat pengajian DESS PDRM , aku tanpa berlenggah terus mohon sambung lagi ke peringkat lebih tinggi di UPM. Alhamdulillah, kini dah selesai tahun 1, next sem dah masuk tahun kedua. ALHAMDULILLAH.
Aku tak pandang kebelakang lagi. Aku jadikan anak² sebagai tujuan utama, sebab apa mereka lihat dengar dan perhatikan akan jadi semangat untuk mereka. Pastinya setiap langkah ini dengan restu suami dan izinnya. Aku percaya Allah aturkan yg terbaik untuk aku. Kerana bila tiba masa dan saatnya, DIA amat memudahkan urusan dan kejayaan tertangguh sesungguhnya lebih manis. InsyaAllah aku akan teruskan usaha.
Aku berjanji dengan arwah ayah, kakak akan belajar sungguh². Kerana ilmu sahaja dapat ubah nasib kita. Jangan berhenti belajar dan berfikir. INSYAALLAH.
Tahniah atas kejayaan merangkul Ijazah 🙂
Baru habis dip exec jgk insyaallah bln 12.23 ni sidang ke 63 konvo batch ambilan 920/2020-2023