Tips Rambut Lebat avco

Bismillarrhirrahmanirrahim. Dikesempatan yang ada ni just nak share tips untuk nak bagi rambut lebat. Bukan apa, dulu masa kecil, cuti sekolah je pergi rumah tok dan duduk di sana. Masa tu tak faham apa lah petua-petua orang lama ini. Bila siap mandi, tok ajak duduk kat pelantar rumah dan tok sikatkan rambut. Masa tu, tok ambil minyak dalam botol, minyak tu bau boleh tahan jugalah. Bukan hapak, tapi sukar nak explain bau dia. Dulu rambut memang lebat dan tebal. Tu belum lagi kira main daun bunga raya buat ala-ala spa bagai. Bila dah berusia, dah pandai melawan dah, tak mahu lagi letak minyak kepala pada kepala, sebab utama busuk, tanpa tau kebaikannya. So, hari ini UN nak share tips rambut lebat.

Tips Rambut Lebat

Tips Rambut Lebat avco

Okay kalau ada yang perhatikan anak-anak UN la, rambut mereka memang lebat dan tebal. Sebab UN suka letak minyak. Kalau rambut sendiri pun , wajib letak minyak lepas mandi, tak suka rambut kering dan kalau tak letak minyak mudah berkusut, sukar nak leraikan. Cuma tak semua minyak sesuai pada rambut.

Tips Rambut Lebat avco

Dan kali ini nak share AVCO – Minyak kepala dara yang buatkan rambut kami sihat dan kembali bersinar seperti sediakala tanpa bau hapak atau perap!

Tips Rambut Lebat AVCO – guna setiap hari

Setiap kali mandi, lepas mandi pastikan rambut kering. Biasanya keringkan dengan tuala dahulu lepas tu guna hair dryer. Lepas rambut dah kering, picit sedikit minyak kelapa dara , AVCO (best sebab tak bau busuk), dan apply pada rambut. Nak hasil, tengok selepas 2-3 minggu, nampak perubahan pada rambut. Memang mudah urus dan tak rimas pun dengan bau yang tak enak. Best gilaaa. Jadi kalau nak rambut lebat, amalkan tips rambut lebat UN share ini.

Kebaikkan AVCO – minyak kepala dara

Selain untuk rambut, korang boleh gunakan AVOC untuk dijadikan cucian make up dan juga untuk kekalkan kelembapan kulit.

Baru-baru ini UN baru guna 1 serum baru, kulit jadi breakout sebab kering dan mungkin setelah apply serum ada bahan kimia lama yang baru nak keluarkan dari dalam kulit wajah. Jadi muka breakout teruk pada bawah dagu. Mujur sekarang pakai Facemask, jadi boleh lah nak cover keadaan break out tersebut.

Selepas 3 minggu guna AVCO :

Apa yang UN buat, lepas dah cuci muka, pakai serum dan juga mask, sdan selepas 2jam UN apply minyak kelapa dara – AVCO ini. Jangan risau tak rasa berminyak sangat pun, malah boleh tahan lama pada muka. Tanpa sedar, kulit jadi best sangat, dan muka pun lembut gitu. Eh, susah juga nak explain, tapi kalau korang pernah tengok kulit UN dari dekat, sekarang boleh tengok perbezaannya. Selepas Aplly secara harian – Kulit jadi lembab dan rasa yakin yang hadap dunia luar tanpa make up tebal. Tak percaya kena lah cuba, tapi jangan pakai hari ini esok dah mau lihat kesan. Amalkan sekurangnya sebulan barulah dapat hasilnya.

Nota : Kiranya selain rambut , minyak kepala dara boleh digunakan pada muka juga.

D’AURA – AVCO untuk kegunaan harian

Selain untuk dijadikan cleanser, minyak kelapa dara ini (un guna Minyak kelapa dara daripada D’Aura), ringkasnya boleh dijadikan sebagai:

  • Oil Cleanser untuk cuci wajah
  • Untuk pelembab muka
  • Minyak untuk kekalkan kelembapan kulit
  • Pelembab bibir
  • Merawat rambut

Untuk alas kepada make up/ premier; caranya apply sikit sahaja sebelum letak foundation, insya Allah kulit jadi macam glowing gitu. Berani cakap sebab dah cuba untuk muka juga.

Harapan UN dengan minyak kelapa dara

Gunakan sebagai based make up juga boleh jadikan make up smooth dan sekata.

Selain nak bagi rambut kekal sihat, UN nak bebas daripada make up atau mudahnya heavy make up, jadi tu yang sepanjang kelas online dirumah memang tengah baiki kulit, salah satunya AVCO inilah. Ia membantu memulihkan kulit dan keyakinan. Semoga selepas ini tak ada lagi kulit yang mengelupas serta kering sehingga menyebabkan luka-luka kecil pada kulit wajah.

Minyak kelapa adalah minyak yang paling penting kerana ia mengandungi minyak laurik. Lemak lauric mempunyai ciri unik untuk kegunaan industri makanan dan juga penggunaan sabun dan industri kosmetik.

Jadi kalau korang macam UN, nak wajah bersih tanpa belanja besar – gunakan hanya 100% bahan organik. Lambat tapi lebih selamat.

Ia sangat selesa dipakai kerana Minyak kelapa dara merupakan antara minyak yang paling cepat meresap ke dalam kulit anda. Tidak meninggalkan kesan berminyak atau “greasy” pada kulit tapi khasiatnya meresap jauh kedalam kulit. Dan paling best, anda tak perlu bilas pun!

99% AVCO drp minyak kelapa dara asli berkualiti tinggi yg dihasilkan di kilang D Aura di Malaysia.1% menggunakan haruman 100% semulajadi drp tumbuh-tumbuhan. Lagi satu AVCO ini boleh membeku kalau suhu bawah 23c. Jadi kalau nak jadikan normal semula letak suhu bilik biasa je atau rendam balik botol dlm air panas. So jangan risau, ianya selamat digunakan.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian layari website di bawah :

www.daura.com.my

11 thoughts on “Tips Rambut Lebat Dan Tak Mudah Gugur”
  1. Kak nina pun guna AVCO sekarang ni as double cleansing dan make up remover. Pastu as lip moisturizer. Best! Muka semakin lembut dan moist jer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *