Assalamualaikum, hi semua sahabat dan pembaca blog Ummi. Ya ALLAH seminggu tak sempat mengadap bog rasa lama gila tu! Serius sibuk dan juga sebenarnya modd swing, yer la kaki mula nak baik. Ehm, alhamdulillah mood mai menerpa semula dengan kasih sayang menebal kat blog Ummi. Kali ini nak share lokasi kami ke rumah terbuka di rumah lama berusia 110 tahun di Seri Menanti.
Rumah lama berusia 110 tahun di Seri Menanti ini milik sahabat office Ummi, Insp Zaidi. Terima kasih Tuan atas jemputan ke majlis doa selamat dan majlis akikah cucuanda. Kami semua seronok yang amat dapat ke sini, serius kampung yang sangat damai dan cantik.
Rumah lama berusia 110 tahun di Seri Menanti
Rumah lama berusia 110 tahun di Seri Menanti ini asalnya adalah milik keluarga, dan Insp Zaidi bersama keluarga membaiki semula dan diberikan nafas baru. Sungguh indah rekaan dan bentuk rumah disini. Tuan dan keluarga baiki dan cat smeula rumah ini. Rumah lama ini , syilingnya rendah dan menariknya ada ruang untuk tetamu yang sangat kemas. Ukiran yang terdapat di rumah ini masih mengekalkan tradisi dan identiti Negeri Sembilan.
Gambar diatas adlaah menunjukkan tangga yang berusia 110 tahun. Ukiran dan reka bentuk masih mengekalkan identiti rumah lama. Sungguh mengujakan . Apa lagi, bergambarlah satu, “Ummi jom salam, kita raya kat tangga!”..huhuu Angah terpengaruh dengan Ummi dan rakan-rakan masa Sessi Photoshoot Raya 2017 KBBA9 Meriah.
Ruang lama ini kekal menjadi tempat unutk acara rasmi, seperti majlis akad nikah, berzanji dan lain-lain acara rasmi. Kata Tuan Zaidi , dulu bertunang dan menikah semua di ruang ini.
Ruang hadapan rumah lama berusia 110 tahun di Seri Menanti ini sangat unik dan menarik. Sesuai ini buat majlis , dan sesuai sangat untuk photoshoot. Huhuu, jangan marah yer Tuan. Tapi siapa berminat boleh jer contact Tuan Zaidi untuk booking photoshoot. Katanya Astro pun dah booking nak shoot drama disini. Okaylah, Tuan Zaidi, terima kasih atas jemputan ke majlis. Seronok dapat melawat Tuan dan keluarga. Semoga sihat dan dalam lindungan ALLAH swt.
Nota: Majlis 22 Julai 2017
Rumah lama ni tentu sangat dijaga rapi sebab nampak cantik sangat!
betul tu, dulu masa kit kecik2 tak hargai, la ni mau ak beli pun mahal
walaupun dah 110 tahun, masih kukuh lagi umah tu..
memang cantik rumahnya. kagum dengan keutuhan rumah berusia 110 tahun ni. =)