resepi mee kolok

Bismillah hirrahman nirrahim . Hari ini nak share ilmu masakan. Cewah… first time masak resepi mee kolok Sarawak ini. Ini pun sebab Tenn bawa dari Sarawak, buah tangan dari Sarawak. πŸ™‚

Simple tapi sedap tu boleh tahan. Mee Kolok Sarawak banyak guna bawang putih.

Ini rupa mee kolok @ mee kolo yang Tenn bawa dari Sarawak. πŸ˜‰

Bahan-bahan dan cara masak resepi mee kolok Sarawak:

Masak sup : Rebus ayam 5 ketul bersama air. Angkat ayam dan toskan, air rebusan tadi tu simpan untuk buat sup.

Tumis sup dengan 4 serangkai, cengkih, bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis dengan bawang putih 5 ulas yang telah dicincang halus. Biarkan sampai kekuninggan dan angkat tuang dalam bekas sup ayam / air rebusan ayam tadi.

Masukkan kicap manis dalam 5 sudu makan, biarkan mendidih dan siap sup ayam.

Baca juga : Makanan Sarawak di KL?Kat mana nak cari …?

Masak Mee Kolok : Rebus Mee Kolok sampai lembut. Angkat dan toskan. Dan setelah itu, tumis bawang putih 5 ulas dalam minyak yang telah dipanaskan. Buarkan sampai kekuningan dan masukkan mee kolok , rendahkan api dapur, masukkan kicap dan perasa sedikit. Siap!

Ayam Kicap : Hiris nipis-nipis ayam kicap , tumis dengan bawang putih dan masukkan kicap manis secukupnya. Selepas itu, masukkan lada hitam satu sudu besar dan biarkan kering. Dah siap!

Hidang bersama mee kolok ini dengan sayur dan juga sambal kicap! Setle..Selamat mencuba :).

13 thoughts on “Resepi Mee Kolok Sarawak- Masak sendiri okay!”
    1. Hi NANI..ya UN makan juga di Dapur Sarawk, tapi x puas …hehehe masak makan blh berulang

  1. Menarik sungguh percubaan buat mi kolok UN ni, nampak sedap tgk dari gambar. Fuhhh, senang eh nak buat , teringin plak ni rasa nak makan. Lama betul x makan mi kolok

  2. oh nooo…sedapnyaaa…lapar tengok! kita tak pernah try buat sendiri tau, beli yang segera aje…tinggal celur mee dan gaulkan rencahnye..hahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *