makanan Sarawak di KL
Food Review

Makanan Sarawak di KL?Kat mana nak cari …?

Craving nak cari makanan Sarawak di KL? haaaa, sini nak habaq..UN mencari juga makanan dan masakan Sarawak di KL. Crawing nak makan, MEE KOLOK Sarawak.

Makanan Sarawak di KL – Jalan Pahang

Kebetulan, lepas habis tugasan di Bukit Aman, kami satu kumpulan terjah ke Dapur Sarawak. Yes, jumpa juga tempat nak rasa mee kolok. Dan masa nak makan tu confius tengok menu. Nasi Aruk tu rupanya nasi goreng..hahaha

MEE JAWA stail Sarawak; rasa memang sedap. Dan kalau nak makan sangat sup tulang ZZ, mee jawa ini sama je rasanya. Jadi, lepas ini tak perlu terjah ke Johor kalau dah craving nak makan mee jawa. Nama berbeza, tapi rasanya sama dengan sup tulang ZZ, cuma tak ada la gear box. Harga saiz small ;RM9.50 , Large RM11.50.

Selain makan mee, mee kolok dan nasi ada juga manisan seperti bubur dan juga kek. Kat sini anda boleh nak rasa pelbagai jenis kek Sarawak, kos sekeping RM2.50.

Ini pula sebahagian yang air kawan-kawan aku order. Nampak sedap, tapi aku minum air kosong je.. bukan apa sebab bila dah makan makanan pedas, air kosong juga yang sedap.

Nampak selera je masing-masing menikmati makanan Sarawak di KL, mungkin sikit dapat mengubat rasa rindu orang Sarawak dalam kumpulan kami.
Ha…bukti ada okay, aku minum air kosong je..hahahah

Dapur SARAWAK KL, makanan kat sini memang original Sarawak dan yang aku pernah jumpa kat sini lah yang best. Mee kolok sedap, mee jawa sedap. Kek batik , kawan aku Puan Ita ambil, memang sedap.

So, kalau korang craving nak cari masakan Sarawak di KL, korang search je Dapur Sarawak KL okay. Make sure datang awal, sebab parking limited area sini. Sukar nak parking, jadi baca doa banyak-banyak. Okay setakat ini dulu food review aku kali ini. Jumpa lagi.

Info :

Facebook : Dapur Sarawak

WAKTU PERNIAGAAN :

Cawangan Utama di KL:-
10.00 Pagi Hingga10.30 Mlm Setiap Hari Dan Untuk :-
Cawangan Shah Alam
ISNIN – AHAD (12.00 thri Hingga 12.00 Malam)
CUTI HARI JUMAAT
SILA TELEFON : 03 40317987 @ 0128866240 @ 0148837211 untuk sebarang pertanyaan khusus untuk tempahan katering , tempahan meja dll pertanyaan.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *