Assalamualaikum, hi dears! Pernah tak korang rasa mengidam?? Rasa nak makan… je! Rasa nak makan benda yang susah dapat pulak tu! adoii, itulah yang Un rasa. Setelah rasa putus asa menerpa, terus google dan mencari. Akhirnya terjumpa sebuah restoran yang namanya Dons Warong.

Dons Warong – Jarak Bukan Halangan

Akibat rasa nak makan makanan Johor membuak. Rasa tak dapat menahan lagi. Terus ajak buah hati kesayangan Un dan anak-anak kesana. Hasil carian Maps, jarak dari Semenyih ke Plaza Damas, Sri Hartamas ambil masa lebih kurang 45minit. Kami nekad untuk kesana, demi viral kisah Dons Warong yang menyediakan makanan Johor seperti masakan ibu.


Jadi Ahad lalu, kami gagah nak makan di @Don’sWarong di Sri Hartamas. Ramai review makanan sini sedap! Hahahaha sejam drive pun sanggup.. Sanggup tunggu kedai buka. 😅.

Dons Warong & Menu Pilihan

Laksa Johor, dari benci jadi rindu!

Kami masuk ke area Dons Warong, di Plaza Damas dalam jam 1200tengahari. So senang nak parking. Rezeki kami parking, betul-betul di hadapan Dons Warong. Senang sangat dapat parking. Serius, keterujaan nak menikmati makan semakin membara.

Meja makan pilihan kami.

Kami melangkah cermat masuk ke restoran. Banyak pilihan tempat duduk. Si Along nak duduk di sofa, si adik nak duduk bawah payung.. haii banyak kerenah betul. Tapi, keputusan Ummi juga lah muktamat! Kami duduk di meja panjang, senang nak berkongsi makanan dan menikmati suasana bekeluarga yang “meriah”.

Menu kami seisi keluarga :
– Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah
– Mee Rebus Johor
– Sup Tulang
– Nasi Goreng Kampung Muar
– Laksa Johor
– Don Chop
– Ais Kacang Johor (Coklat).

Pilihan Utama UN – Laksa Johor

Laksa Johor Dons Warong

Teringat sangat ketika Un pregnant pertama, seriusly memang mengidam laksa Johor. Masa tu mencari juga area Cheras dan Kl. Tapi tak jumpa. Yer la ,tahun 2009 masih belum aktif media sosial. Tak reti bab google ini.

Alhamdulillah anak lahir tak adalah nak meleleh air liur. Sehingga si anak dalam setahun lebih, baru dapat rasa Laksa Johor di rumah kawan suami. Tapi…rasa laksa tu sangat berlemak. Hingga hilang minat nak mencuba lagi. Keinginan berlalu begiti sahaja.

Tapi, semalam, bila cuba Laksa Johor di Dons Warong, Ya Allah seriuss memang sedap! Tak puas makan sepinggan. Kuah pekat dan rasanya memang sedap. Tak boleh nak explain. Tambahan lagi, makan denhan lobak masin dan bawang merah segar. Sangat besttt!!

Dons warong – Mee rebus Johor

Mee Rebus Johor

Keduanya, Si Kakak Sarah sangat sukakan  Mee Rebus Johor. Berebut dengan Along. Kuah mee rebus, pekat, tak pedas untuk anak. And, nak pedas boleh tambah cili. Seriuss 5bintang!

Next, Nasi Goreng Kampung Muar!

Nasi Goreng Kampung Muar

Omg!! Lepas basuh tangan, Ummi belum sempat ambil sudu nak rasa, hampa tau! Angah dah ramas dengan rakus! adoii, ingatkan nasi goreng kampung pedaslah. Rupanya, rasa nasi goreng kampung di sini sangat sesuai untuk anak juga. Kita yang dewasa, macam biasa mestilah tambah sambal belacan. Sedap! Sayur kangkung memang penuh melimpah di celah-celah nasi! Makan penuh selera bila di tambah dengan telur mata kerbaoou.

Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah, Sup Tulang Dons Dan Don Chop!

Nasi Lemak Kangkung, bukan biasa-biasa. Nampak sama seakan nasi goreng lain di pasaran. Tapi, secubit rasa sambal dimakan dengan sesudu nasi dan kangkung dan ayam goreng rempah sangat memikat hati. Kata suami Un, dia sangat prefer  Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah. Lain daripada nasi lemak biasa, apabila dikunyah dengan kangkung yang dicelur. Ayam goreng rempah, sedap rasa perapan sehingga berebut anak-anak lawan nak mengunyah tulang ayam!


Chicken chop Dons
Sup tulang – Dons warong

Sup Tulang pastinya adalah kegemaran Un. Rasa sup yang ditambah cili dan bawang goreng rangguppp owhh sangat memukau! Semangkuk boleh dikongsi 2 atau tiga orang. Serius kuantiti yang diberikan dalam satu mangkuk berbaloi dan banyak.

Ais Kacang ABC Chocolate

Last sekali, pastilah Ais Kachang Chocolate. Berebut anak-anak Un tau! memang sedap, dapat pula saat matahari dan terpacak diatas kepala, jadi memang menambah selera lah.

Kopi o ais dan kopi ais Muar, pilihan Un dan suami. Anak-anak pilih minum air bandung dan jus tembikai

Air pula  ada pelbagai jenis. Tapi, sebab hantu kopi dan memang nak minum kopi sangat-sangat. Un order Kopi Ais Muar dan husband Un Kopi O Muar. Malangnya, tak puas minum!! Sebab… si zakkir pun suka kopi o Muar!! Adehh! Sedapp! 100% recomended! Kena p rasa sendiri, baru tau betapa sedapnya makanan disini dan menikmatinya pada suasana santai pastinya lebih membungakan jiwa…ewahh!

Extra Info :

One more thing, extra info. Kat sini, Dons Warong sediakan facilities yang sangat baik. Un bagi 5 bintang. Toilet superb 5*. Bersih dan besar. Dan kalau makan kay sini waktu lunch, jangan risau sebab surau pun dekat. Bangunan hadapan sahaja. Jadi, makan disini sangat mesra pengguna dan boleh memikat jiwa untuk stay lama dalam restoran makanan Johor superb sedap ini.

So, kalau nak kesana boleh waze / Maps : Dons Warong, Plaza Damas.

Alamat :
B-0-4, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu perniagaan :  12pm – 11pm
Facebook – http://facebook.com/DonsWarong
Instagram – http://instagram.com/DonsWarong

Maps :  don’s warong





4 thoughts on “DON’S WARONG; Akhirnya disini cinta Laksa Johor Berputik Kembali”
  1. wah .. wah.. kemain korang makan yer .. menu sedap sedap tu….. terus terliur aihhh…….. dapnya. Nanti if p area sana boleh laa jejak jugak. mmg kadang tersesat jugak area tu. semua JJCM punya pasal. kalau sedap .. mmg sanggup cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *