Korang rasa makan makan makanan mat salleh tapi rasa tekak melayu ? Haaa.. ada ni ha di Whip And Whisk Cafe di Alam Damai.
Whip And Whisk Cafe di Alam Damai.
Sabtu lepas ,UN, Shehan , Kak Saidila dan Tati lepak sambil sembang-sembang . Bukan membawang jer tauu. Kami sharing juga pasal camera yang kami guna.
Perot lapaqq tahap maximum dah masa kami pergi. Sikit lagi angin nak naik kepala. Hahaha, seriuosss cuaca panas sangat.

Jadi, untuk lunch tu kami pilihan Salted Egg Pasta With Calamari. Rasa tekak melayu..lemak-lemak manis. Kira okay lah, kat atas pasta tu kami disajikan dengan sotong goreng tepung. Merasa kami makan dengan kasih sayang. Seorang sepiring menikmati makanan sajian di WHIP AND WHISK ALAM DAMAI CHERAS.
Sajian Kedua di Whip And Whisk Cafe di Alam Damai.

Kedua kami disajikan pula dengan Parmesan Cheese Chicken. Kalau hidangan ini bagi orang diet boleh la 5 orang makan sepinggan. Tapi kalau jenis nak menikmati makanan, korang wajib tempah satu hidangan at least share berdua.
So, bila kira portion makanan tu ibarat korang makan set TOK AJI rambut putih. Tapi set ini tidak didatangkan dengan minuman. So, korang pandai-pandai la bajet,ikut bajet dalam pocket nak minum apa.
Korang boleh juga cuba Hazulnet Coffe Latte Cold. Best! (Hahaha soryyy i memang tegar dengan coffee latte).
Next, sambil sembang-sembang tu korang order la air Oreo Cookies Slurpee. Sambil gigittt cookies tu korang boleh nikmati kesejukkan Slurpee. Rasa.. umph! Tapi… jangan hari-hari cari, tak baik untuk kesihatan.

Lain-lain tu korang kena datang cuba sendiri. Kami hari tu cuba makanan kat atas ni sahaja. So, kenaaa lah cuba sendiri rasai keenakkan makanan di Whip And Whisk Cafe dengan mulut sendiri. Lain orang lain citarasa..betul kan?
Kemudahan sekitar Whip And Whisk Cafe
Kat sini jauh daripada kemudahan awam. Cuma jika nak datang juga, korang naik MRT dan turun di Stesen Cheras Sentral. Then, boleh pesan grab ke Whip And Whisk Cafe.
Kalau datang dengan transport sendiri, parking banyak dan tiada bayaran dikenakan. Waze je Whip And Whisk Cafe.
Setakat kami berada di sini semalam, secara overall okay jika korang nak lari daripada kesibukkkan kota. Dalam cafe punn tenang je. Pelanggan keluar masuk, tetapi masih tenannggg. Korang bayangkan sendiri suasana yang sangat cozy…
Korang boleh celebrate birthday atau apa-apa event disini. Cuma kena booking awal. Konsept Whip And Whisk Cafe adalah booking awal. Jadi owner dan pelanggan sama-sama mudah menguruskan stok serta menu masakan.
Okay, jika korang dah tak sabar nak kesana, ini UN sertakan maklumat berkaitan. Keseluruhan review disini termasuk persembahan, design, dan menu (sebab rasa 2 menu jer, tak boleh tulis lebih MAAF… 😄😄) adalah 4*.
Maklumat Lanjut:
Facebook: Whip and Whisk Bake Shop & Cafe
Instagram: Whip and Whisk KL
Alamat: 52-G, Jalan Damai Raya 2, Alam Damai, Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 03-9107 3987
nampak menarik..hidangan portion besar
Portion besar, kalau kongsi 2 org ok la