Menjelang ramadhan 2019, rata-rata hotel dan restoran sedang mempromosikan buffet ramadhan 2019 dan harga early bird bagi meraikan sessi berbuka puasa pada ramadhan akan datang. Un pula bertuah kerana telah dijemput bagi merasai keenakkan rasa makanan yang mereka sediakan dan pada masa yang sama memberikan komen membina bagi pasaran hotel dan restoran dalam proses penyediaan juadah pada buffet ramadhan kali ini.
“Food testing” bagi Sajian bertemakan Tradisi Zaman ke Zaman bagi Buffet Ramadhan 2019
Semalam UN, suami dan rakan-rakan UN dijemput ke Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur bagi “food testing” bagi Sajian bertemakan Tradisi Zaman ke Zaman bagi Buffet Ramadhan 2019 disini nanti. Kali ini antara kelainannya adalah lokasi berbuza puasa adalah di kawasan sekitar kolam renang dan juga di Restoran Zende diaras lobi. Manakala, bagi mereka yang inginkan suasana yang lain boleh memilih untuk makan di Tingkat 4 Autrium sehinggalah ke kolam renang. Tapi hati-hati kalau datang kesini dengan anak-anak ya, nanti datang dengan niat nak menjamah makan bertukar menjadi sessi kelas renang pula.
Buffet ramadhan 2019 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
Selain itu, UN pasti kepada mereka yang datang untuk menikmati juadah bagi buffet ramadhan 2019 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur akan dapat merasai betapa pihak hotel cuba kembalikan nostalgia zaman dimana disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional mengikut 14 negeri-negeri di Malaysia. Hasil air tangan Chef yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun pasti akan memberikan sentuhan rasa yang lebih menyentuh hati.
Menu Buffet Ramadhan 2019 Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
Tidak dapat dinafikan , hasil perbincangan kumpulan kami, kami semua bersetuju yang sajian bagi buffet ramadhan 2019 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah menepati citarasa. Kak Saidila juga akui yang makan di sini memang sedap!. Terutamanya menu Sup Gear Box Power, Shell In Pantai Remis, Kambing Bakar Abang Burn & Warong Mee Padang Tembak.
Selain sajian diatas yang UN Senaraikan, menu lain juga tidak kurang hebatnya. Owhhh ya, lupa tadi nak bagitahu, di Buffet Ramadhan 2019 Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur ada juga sajian Shushi.
Ianya khas kepada mereka yang sangat menggemari hidangan selain nasi. Selain itu , boleh juga mencuba pizza, kow teow goreng dan hidangan manisan seperti bubur dan kuih muih. Disini juga dihidangkan bubur manis pelbagai perasa. Ada bubur dan pengat sebagai pengikat selera.
Ampaaa… jangan terliur naa.. Ni musim nak menjelang ramadhan macam-macam menu orang mencari nak masak kononnya. Dan orang tu salah sorangnya , SAYA! Tapikan…senang makan je dekat buffet hotel. Klik-klik booking…ha dah dapat tempat makan.Ini antara menu yang bakal disajikan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Official , terliurrrr kan meleleh air liurr ni ha kalau bulan puasa tengok ni.
Harga Buffet Ramadhan Sajian Tradisi Zaman ke Zaman
Kesimpulannya, makanan disini berbaloi dan sedap. Harga yang ditawarkan pula adalah :
Early Bird SEBELUM 15 April 2019 :
RM90.00nett – Dewasa
RM45.00nett – Kanak-kanak (5-12tahun)
Normal SELEPAS 15 April 2019 :
RM120.00nett – Dewasa
RM60.00nett – Kanak-kanak (5-12tahun)
Surau disediakan di tingkat 2 hotel bagi kita menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Jadi, boleh bersenang hati kesini, lepas berbuka puasa boleh sambung shopping keperluan hari raya di Sunway Putra Mall yang hanya bersebelahan dengan hotel ini.
Hubungi sekarang :
+603-4042 5555 atau 011-237 38389 untuk booking awal.
Teringat ingat kuey teow goreng situ, sedap!