buffet ramadhan di Hotel Royal Kuala Lumpur.
Food Review

Buffet ramadhan 2019 di Hotel Royal Kuala Lumpur bertemakan Khazanah Warisan Melayu

Assalamualaikum, ramadhan kembali lagi. Pejam celik cuma tinggal beberapa minggu sahaja kita semua akan melangkah ke bulan penuh dengan keberkatan. Bercakap tentang ramadhan, bukan sahaja memikirkan tentang juadah, namun tidak kurang juga inilah masanya kita meraikan bulan penuh keindahan dengan meraikan saat berbuka puasa bersama dengan rakan-rakan. Kali ini UN akan kongsikan tetang menu dan pakej buffet ramadhan di Hotel Royal Kuala Lumpur. Buffet ramadhan di Hotel Royal Kuala Lumpur bertemakan Khazanah Warisan Melayu bagi tahun 2019.

Buffet ramadhan di Hotel Royal Kuala Lumpur bertemakan Khazanah Warisan Melayu bagi tahun 2019.

UN bersama rakan-rakan blogger telah mencuba rasa menu yang disediakan. Bagi kami, keenakkan rasa tu sangat memenuhi kehendak dan sesuai untuk dimakan ketika berbuka puasa. Bercakap tentang tema Khazanah Warisan Melayu, resepi dan menu yang disajikan adalah mengikut negeri di Malaysia.

buffet ramadhan di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Sebagai contoh, menu yang diketengahkan adalah dari negeri Pahang, Sabah, Melaka dan Kelantan. UN sendiri sangat berpuas hati dengan ayam percik istimewa sajian warisan dari negeri Kelantan.

Tidak kurang enaknnya, Rendang Tok. Rasa campuran rempah dan kerisik sangat memukau kalbu. Kami yang berada di meja makan, semua bersetuju bahawa daging dendeng ala Nogori di Hotel Royal Kuala Lumpur adalah yang terbaik hasil daripada air tangan Chef Sudin Bin Ahmad dan crew masakan disini.

Menu dan sajian buffet ramadhan di Hotel Royal Kuala Lumpur

Antara menu yang akan disajikan bagi buffet ramadhan ini adalah ;

  • Nasi Putih
  • Gulai Ikan Tempoyak
  • Gulai Pisang Muda Ikan Bilis
  • Daging Dendeng Ala Nogori
  • Ketam Bercili
  • Kerutuk Itik
  • Ayam Percik
  • Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak

Manakala, menu lain adalah  terdiri daripada kepelbagaian salad dan kerabu. Antaranya Kerabu Mangga Muda, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Nangka, Acara Rampai, Hinava dan Kerabu Utara Tomato Berkerisik.

Bila dah menjamah makanan diatas, biasanya selepas selesai solat maghrib kita nak merasa pula ketupat, lemang, pulut kuning dan pelbagai jenis juadah lain yang boleh juga dijadikan sebagai pembuka selera.

Biasanya ikan sepat, ikan talang masin, gelama dan pekasam memang menjadi juadah sampingan, namun saat ianya mencecah sahaja dalam mulut terasa bagaikan dikampung halaman. Manakala, jika berhajat berbuka puasa disini, nikmatilah keenakkan rasa ais kacang, dan pelbagai jenis dessert yang disediakan.

Perancangan awal berbuka puasa bersama rakan di Hotel Royal Kuala Lumpur

Bagi warga kota yang berada di tengah bandaraya, UN ingin kongsikan kegembiraan apabila membuat tempahan awal. Bukan sahaja anda akan menikmati penjimatan malah memudahkan urusan rakan-rakan anda juga.

Senarai Harga Early Bird Buffet Ramadhan 2019

Bagi mereka yang ingin menempah, early bird hanyalah RM50.00/ seorang dan tempahan bermula dari 18 Mac – 22 April 2019.

Manakala, bagi harga biasa selepas tarikh tersebut adalah RM78.00/net bagi dewasa dan RM38 /net bagi kanak-akank dan warga emas.

Berbaloi sangat. Dengan harga yang ditawarkan dapat kita menikmati pelbagai jenis makanan.

Usah bimbang, ruang solat dan terawikh disediakan sebaiknya. Malah, ruang yang disediakan sangat selesa. Kaunter zakat juga disediakan bagi tetamu yang berbuka puasa di buffet ramadhan di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Disamping itu, anda juga akan disajikan dengan nyanyian daripada artis jemputan oleh pihak Hotel Royal Kuala Lumpur.

Mulakan merancang dari sekarang. Untuk membuat tempahan boleh berhubung di talian 03-2148 6888 ext 2855/2887 @ Cik Qistina 016 – 330 7171

Salam Ramadhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *