Sekarang ni tengah tular a.k.a viral pasal fidget spinner. Hurmm, anak-anak Ummi pun tak perlepas daripada memujuk Ummi belikan depa sorang satu spinner. Tapi awal tu bebel juga lah , apa manfaat fidget spinner ni, nak main sangat-sangat?”
“Kawan Along boleh beli spinner Ummi. Awat Along tak boleh ?”
Haish dah kena cari jawapan pula. Ini la cabaran mak la ni besarkan anak, ada jer isu nak kena google. Mak-mak yang lain tu tau ke manfaat atau kebaikkan main fidget spinner ini apa? Ehmmm, Ummi memang tak tau , dan kalau boleh tak perlu lah nak ikut apa orang ada kita nak ada!
Tapi…
Bila Ummi google kata main dan manfaat fidget spinner ni ada yang kata ada bagusnya.. terus Ummi teringat dulu….
Al kisahnya Dulu di MRSM Pendang , ada satu sahabat Ummi ini orang kedah. Namanya Asfar. Teringat dia, dia suka warna hijau, dan paling tak dapat lupa , mamat ni suka memusingkan pen atau pensil di tangan. Ala, macam spinner tu. Serius laju sangat dia buat. Memang masa tu ramai yang cuba tiru Asfar, tapi tak berjaya.
Asfar seorang pendiam, dalam masa yang sama seorang pelajar MRSM Pendang yang bijak sangat dalam matematik tambahan dan juga accounting. Serius , bila spinner ini tengah tular dan anak-anak minta main , Ummi terus teringat Asfar.
Ehm , bermakna Asfar juga adalah testimoni berjaya. Dan kalau dulu tak ada spinner tapi guna pen dan pencil sahaja. Kini 2017, spinner mungkin boleh bagi otak anak-anak yang bermain jadi ligat ,mungkin juga kan?
So, bila ada terbaca pasal spinner dan manfaatnya serta teringat kawan bernama Asfar, terus Ummi setuju untuk belikan Along , Angah dan Cik Sarah Spinner sorang satu!
Bacaan lanjut : Spinner Permainan Pondan ?
Spinner Boleh Hilangkan Stress?
Tapi bagi Ummi apa juga bentuk mainan anak, selagi mak ayah boleh pantau tak kan ada masalah. Jadi , biarkan mereka bermain , mungkin betul macam kata abang Ben, sat hari nanti bila anak-ana dah besar ini akan jadi sejarah masa zaman kecik depa, iaitu main spinner. So, takat RM7-10 tu , tutup mata belikan jer untuk anak-anak. Dan parents sendiri pantau, biar mainan itu jadi mainan bermanfaat.
memang game yg tengah IN sekarang ni kan? adik ipar IQ yang seorang cikgu pun ada spinner ni. katanya anak2 muridnya bawak spinner ke sekolah. huhu
Benda murah gini ok lg la nak ikut trend kena yg mahal2 huhuuu jenuh la
tgh dok viral spinner dikalangan bdk2 skarang..mcm2 kn
seronok gak main ni… dengar cite tuk terapi