Lego menyambung sel-sel otak anak, untuk lebih kreatif

Hi semua, assalamualaikum…huh! Dah petang baru sempat nak ketuk laptop ini. Its okay, ibarat nak tulis diary la. Demi anak-anak ada rezeki lebih daripada tm sebab pulangkan duit, dapat Ummi belikan depa set City Lego. Tq TM… susah payah nak terminat hari tu , mujuq untung juga kan… ni buat sayang kat TM Net ni. tapi apakan daya , coverage tak cukup untuk menampung penggunaan di rumah.

Ummi belikan Along dengan Angah lego City, satu penrompak curi duitt  dengan polis. Ini Angah punya, sebab dia suka sangat watak polis. Along pula nak ATV, sebab pernah main ATV Adam di kampung Perlis. Cuma nak baa yang betul-betul tu Ummi tak bagi. Adam even 9 tahun, mak dia harap boleh la bawa…tapi Ummi tak harap oooo anak bawak! Bahaya .

Ini koleksi lama dan baru. Sebelum ini pun Ummi dah pernah belikan, cuma beli sekali sekala. Itupun kena buktikan yang anak-anak Ummi boleh buat sesuatu dengan bagus. Angah Ummi hadiahkan sebab dia dah berjaya baca buku bacalah anakku buku ke 4.

Kiranya Angah dah berjaya gabung 2 suku kata dengan baik. Syukur, Angah buktikan Angah boleh berjaya. Kini Angah 4 tahun dan 2 bulan. Bagi Ummi tak sia-sia Ummi dan abah hantar Angah sekolah malam. Tahniah Angah.. 2 more books to go!

Koleksi polis ini Angah punya minat. Tapi Ummi nak Angah jadi ustaz tau! hehehe , tak follow Ummi dengan Abah pun tak per.. harap Angah dan Along dapat jadi pendidik agama di masa depan.

Ummi suka bila anak-anak main Lego, bina motor skill. Harap rezeki Ummi lepas ni bertambah banyak , untuk Ummi dapat hadiahkan lebih untuk anak-anak Ummi. Suka bila sel-sel otak anak bersambung dan dapat buat dengan baik setiap ciptaan lego. Proud of you Along. Tunggu Angah besar pulak dia buat dan bina Lego ini. Nanti kita pecahkan dan minta Angah buatkan yer, okay kan Angah?

Okaylah, Ummi nak pergi ambik Angah , Cik Sarah dan Adik kat rumah mama, bye.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge