Tahniah adik Hafiz dan adik iparku Dikna, syukur akhirnya korang dah officially graduate! Alamak, punya la sibuk dengan suasana panas dan orang ramai, rasa letih yang amat lupa nak tengok adat konvokesyen ke berapa..hehehehe sorry.

Kami dari Semenyih jam 10 pagi, sampai dalam jam 1110 minit..ya Allah panasnya. Mujur naik motor jer dari Semenyih, dapat masuk terus ke bawah Dewan. Park jer terus boleh naik atas. Kalau naik kereta, menapak jauh juga nak parking..mau pecah peluh.

Heheeeh dalam masa duk menaip ini, Mr Suami bgtau “Adat ke 26!!!” Baca dengan nada tegas okay!. hehehe adeh memang tak sempat dan tak terfikir nak ambil tahu …

“Hello, hang dah kat mana?” “Aku kat dewan ini, pintu lobi A” “Aku kat laluan B” “eH…laluan B dah dekat, sat-sat aku cari…mana ni tak nampak pun..hang pakai baju warna apa?” “Aku dengan mak baju merah” – abg cik…sampai last tak jumpa..sebab ramai sangat orang.. tak ada rezeki nak bergambar beramai-ramai.

Jam dah kul 1 petang, adik dengan Dik Na nak masuk dewan. Kami pun dah lapaq, cepat-cepat ambil gambar dan angah dah sibuk nak makan.. lepas bergambar sikit, kami terus gerak.

Owh ya, ni hadiah kami. Kami beli jer dari rumah kos kedua-dua Pooh ini hanya RM70.00 sahaja. Heheheh maafkan kami dik , kalau nak beli yang berbunga-bunga tu mahal dan bunga tu layu. Bear ini nanti jadi kenangan selamanya. Simpan lek lok tau!

Adik dan Dik Na,

“Kami doakan keduanya mudah mendapat rezeki pekerjaan yang mana rezeki berkat, halal dan korang akan lebih berjaya di masa depan. Bangga sebagai kakak dan abang kedua-dua adik berjaya dan korang satu-satunya dalam family kita kedua-duanya graduated1 Bangga… tahniah.. Kakak terpaksa stop di tengah perjalanan kerana ada sebab tidak mengizinkan, tapi doakan kakak dan abang-abang semua berjaya juga. Doakan anak-anak kami , dan juga keluarga kita, KakLong, KakNgah , Adik Najla, Danial, Zakwan, Along, Angah , Cik Sarah dan adik Zakkir ikut jejak korang berjaya dunia dan akhirat. Semoga kita semua dalam lindungan Allah. Love all of you”

Tahniah!

One thought on “Tahniah Adik dan Dik Na, korang dah berjaya!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *