Hujung minggu lepas, saat korang semua seronok dengan family..nak tahu ke Ummi buat apa? Sebenarnya, last week kena kerja malam. Siang tu Hari Sabtu dah busy seharian mula dengan acara pergi “meminang” motor VTS 200. Lepas tu p kenduri Ijan kawan sebilik Ummi masa kat Uitm Arau sem 1 lagi. Tahniah Ijan.
Lepas dah habis segala urusan meraikan pengantin bagai…niat di hati nak balik kerumah dulu lah. Yer la kerja mula jam 8malam. Huaaaa. mata dah layu! “Sayang stay kat office jerla! Penat la nak balik sat lagi nak mai pulak” Ummi meluahkan perasaan kat Mr Suami.
Lepas tu, katanya “Betui ke nak tidoq kat office, sehelai sepinggang ni. apa pun tak bawa” “Yang, takper, kain pelikat tshirt memang ada kat office Ummi, baju anak-anak bawa, melainkan seluar along jer tak bawa. Kalau kita balik ke Semenyoh minyak dan tol dah makan duit. Apa kata kita beli jer seluar Along kat jalan TAR nanti malam?”
“Boleh jugalah , boleh rehat , nanti petang kul 6 ke p tasik bawa budak -budak ni. Esok jer mandi ka rumah”. Maka atas perbincangan kami , kami pun tanpa apa-apa persediaan buat keputusan tidoq kat office Ummi. Sampai pejabat lebih kurang jam 430 petang. Ajak ALong solat dan Ummi kata nak rehat sat!
Nak tahu apa jadi? 530 baru sedaq. Mana nak ke taman nya..semua letih yang amat. Huhh… makan tadi pun dah sedap, banyak lak tu “termakan!” hahahaa mana tak letih.
Tidoq kat office Ummi
Lepas solat maghrib jer terus ke jalan TAR. Mak ai! Sesak yang amat, dengan pasar malam lagi. Mungkin ada juga yang dah mula shopping untuk raya kot. Lepas tu , nampak ada satu parking tepi jalan depan KAMDAR. “Yang , parking..parking..jerit Ummi!” Manataknya, kalau tak beli ALong mula la tarik muka, tak mau tidoq dengan jeans.
Dapat beli sehelai seluar track sut RM9.90 untuk pakai tidoq malam. Kira dah cukup puas hati dah Along tu. Balik dari KAMDAR, kami singgah makan kat Rebung. Restiran…eh, bukan rebung la, bawah rebung tu. Makan nasi dengan sup tulang dan kow teow sup RM16.00. Lepas makan, anak-anak duduk main dalam office Ummi dan berkampung la kami kat office. Beralaskan toto dah cukup untuk menemai Ummi bekerja di malam hari. 🙂
Mujur la BIlik Gerakan di level yang sama dengan Office Ummi.Jadi senang la nak pantau kerja dan anak-anak duduk dengan suami. Nak ceritanya, korang pernah bawa anak pergi office tak? Ummi dan anak-anak dah biasa. Mujur la boss kat sini okay. As long anak-anak duduk dalam office Ummi dan “behave”.
Next DAY AHAD
Ahad pagi Ummi habis shift jam 8.00 pagi. Kami gerak dengan tak mandi pagi untuk balik kerumah. Kebetulan lalu rumah abah a.k.a tok abah anak-anak , maka kami decide untuk singgah dan beli breakfst. Mil memang tak ada sini, jadi better beli jer. Nak merasa MIL masak memang tak makan la, bertahun dah duduk bela cucu di JB.
Lepas makan dan duduk sembang-sembang, dalam jam 950pagi kami nak gerak balik. Abah offer “Siapa nak ice cream?” Dalam kereta dah macam angkar sarkas! “nak abah, nak abah! ” Eh, budak -budak ini pantang di offfer . Singgah McD , Hhahahahaah “Sundea Cone 4 ” “Maaf En, ice cream cair lagi”…. Yeay Ummi suka! Saja menyakat ana-anak!
Tapi…
Abah depa dengan baik hati “Alogn angah nak bola tak?” “Nak abah!..meloncatloncat dalam MYVi kami yang comel! Erhgggh budak budak ini! Suka hati lah, abah nak belikan. Singgah la AL IKHSAN kat Saujana Impian ..dapat la sebiji bola sepak..seronok bukan main!
Balik rumah , Mr Suami ajak pergi rumah abang kat Putrajaya pula. Sempat la Ummi masak kari ikna siakap dengan papedom. Lepas masak, rehat dulu, dan lepas tu baru gerak dalam jam 3ptg. Letih owh kalau nak gerak terus tu yang cakap kat abang, kami semua sampai lewat petang dalam 3 lebih.
Sesekali budak-budak ini bila dah berjumpa bukan main lagi. Main pun dah tqak ingat nak makan, bila lauk pauk kat atas meja dah susut baru nak makan. Mujur la depa ayam dengan kuah dah cukup untuk makan. Yang seronok jumpa sepupu bukan nak makan, tapi best sebab ada game. Haish!
Si Sarah pula saja acah “Kak , jom balik… ” “Tak nak Ummi, HUJAN!” Demmm…! Hahaha dah pandai bagi alasan tuu , walhal seronok main barang mainan abang sepupu. Last pujuk nak balik semua liat, terpaksa ajak juga bila jam dalm jam 6 lebih. Ikutkan depa, malam baru nak balik, mana bolegh Isnin Ummi dah kerja…
Seronok kan anak-anak ni bila kita layan depa. Agaknya ada ke orang ikut apa kita nak ? hehehhee ada yang nak layan Ummi pergi shooping ke? Erhgg..heehhe
Okay lah jumpa lgi…
nanti pergi jb boleh la singgah kluang . Hihihi.. kadang seronok tengok budak2 happy , ilang penat gitu kan..
Anak2 kalau dah dapat jumpa sepupu memang seronok sakan la… hehehe
Siap toto bagai kat ofis yea… hehehe