Aksi monyet di Taman Monyet Lumut

Hi mummy, nak bawa anak-anak tengok alam? Satu lokasi best yang masuk free dan opkos tak berbayar adalah di Taman Monyet  Lumut atau dikenali juga sebagai Taman Paya Bakau Lumut.Taman Monyet betul-betul di tepi jalan selepas Petron. Boleh waze Taman Monyet untuk ke sana.

Taman Monyet Lumut

Kami semua dengan yakin nak tengok dekat monyet-monyet ini. Dengan rasa yakin, Ummi buka pintu kereta dan turun. Anak-anak pun turun juga. Ummi buk ala bonet “sat along Ummi ambil roti”. Sambil kelebet nak ambik roti, mai la sekor monyet… lepas tu ada geng dia menghampiri kereta. Anak-anak dah cuak! Ummi cuak juga, terus tutup bonet kereta dan suruh anak-anak masuk kereta. Tau apa jadi ? Tengok video ini :

https://www.instagram.com/p/BSYaU2aDASi/

Kereta kami dipanjat. Cik SARAH “Kak takut” Dok ulang ayat tu la dalam kereta. Dan kami nak tengok lagi aksi monyet ini, kami ke kedai seberang dan beli 2 buku ROTI untuk kenduri kat monyet. Lepas kami dah beli, kami bagi la melalui tingkap. Hish! Garangnya monyet-monyet ini. Macam tak makan jerk!

Ini aksi yang tak diduga. HAHAHAHA Malu oiii! Along “Ummi awat dia kencing dalam tu?” hahaha adoii monyet oiiii! Cover la sikit!

https://www.instagram.com/p/BSXZSzdj-zW/

Kalau mai Lumut, boleh la singgah di Taman Paya Bakau atau Taman Monyet Lumut ini untuk tengok sekitar pemandangan alam yang menarik. Tapi Ummi tak turun dari kereta atas sebab keselamatan. Yer la, anak-anak kecil sangat tak sesuai. Hati-hati bila bawa anak, sebab bahaya bagi Ummi. Buat dicakarnya anak kita apa nak buat kan! Baik tengok jer dari dalam kereta.

Walaupun sekejap jer singgah di Taman Monyet Lumut ini, tapi anak-anak suka. Sehingga hari ini masih bercerita keterujaan tengok monyet panjant kereta kami. Serius nak bahagiakan anak-anak tak semua perlukan duit. Jika dekat kawasan Lumut ini, boleh la bawa anak-anak di hujung minggu. Semoga species ini tak pupus. Mereka menceriakan alam kita.

3 thoughts on “Taman Monyet di Lumut, anak-anak suka tapi takut”
  1. Last time pergi, tempat ni tutup. Kayu-kayu walkwaynya banyak yang patah. Tapi masih ada pengunjung lagi, lepak-lepak di parking lot sambil bagi makan monyet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *