Hari ini 3/2/2017 , kejadian pertama dalam hidup. Excident dengan motor SYM VTS200 yang di sayangi. Kisahnya, hari ini masa lunch pergi makan-makan dengan Mr Suami. lepas tu temankan dia ke HKL untuk melawat mak kepada kawan dia admit sebab kencing manis. Ummi temankan Mr Suami , yerla alang-alang boleh la melawat sekali.
Balik sampai office, lepas hantar Mr Suami, Ummi pergi solat Zuhur kat Masjid Bukit Aman. Jam dah jam 2.00petang. Mata mula layu dan badan rasa tak sedap sangat. Nak buat macamana tanggungjawab kena di laksanakan. Wajib la ambil Along dari sekolah. Takkan nak tinggalkan anak seorang di sekolah sampai jam 6petang kan!
Sepanjang jalan, rasa mengantuk tu asyik menyerang. Walhal tadi lepas solat dan ambil wuduk tadi dah segar. Paksakan diri juga untuk teruskan perjalanan. Macam hari biasa laluan Cannought menjadi laluan utama. Paksa diri untuk usaha sampai awal 15 minit sebelum Along keluar.
Tapi…
Sampai jer kat area Tol Batu 9, perasaan menagntuk tu serangg! Yeah! Lawan nani lawannn! Tapi sebab tak tahan sangat , berhenti di belakang kawasan tol yang ada toilet dan surau. Tak berhenti lama, sebab dalam hati ini berkata ” bahaya kalau aku berhenti, sat lagi mai motor ugut ka, apa ka…haish..tak boleh ini. Kawasan tak selamat!” Jadi, buat keputusan nak teruskan perjalanan.
Sampai area Giant Kajang, lepas Saujana Impian, sekali lagi kepala pening. Mengantuk yang amat! Awat la aku hari ini! Dad tahu tak boleh paksa diri. Jadi berhenti di tepi Petronas dan matikan enjin Sym vts200, tundukkan kepala dan lelap seketika. Memandangkan tidur-tidur ayam , yer la tepi jalan..mana la selesa dan rasa tak seronok dengan perasaan bercampur-campur risau keadaan sekeliling dan sebagainya.
Jadi , ambil keputusan untuk teruskan perjalanan. Sampai masa duk menaip ini sebenarnya masih tak dapat bayangkan macamana menunggang lepas gerak dari Petronas itu. Minda masih dalam keadaan separa sedar! Haissh!
Masa melalui tol, selepas tol Kajang (Lekas), macam tak sedar, terbabas!!!
Tergolek 3 kali, tapi tak ke tengah jalan. Hanya di lorong paling kiri. Motor pulak terhempas ketepi….!
Terus segar mata! Allahuakbar! Astafirullah halazimm! Terus bersandar tepi penghadang jalan. Tengok motor melekat di longkang. Alhamdulillah tak ada kereta yang laju dan melanggar Ummi. Ini nikmat paling besar Ummi syukir. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
Terpaksa tahan motor dan kereta yang lalu! Ada yang tak stop. Selepas 2x tahan, ada 1 motor merah yang ditunggang 1 lelaki dan 1 biji wira hijau berhenti. 2 lelaki cina berhenti dan bantu angkat motor dengan lelaki yang naik motor tai. Depa tanya keadaan kak macamana?
Ummi cakap, okay En, saya boleh bangun! Terima kasih En. Terus start motor dan gerak pergi sekolah Along! Terus mengantuk yang menganggu sepanjang jalan macam kena cabut! MasyaAllah!
Sampai kat sekolah Along, baru sempat belek motor. Allahuakbar, banyak juga rosak. Kaki luka sikit dan lutut kiri kanan luka.
Balik rumah baru call Mr Suami dan bagi tahu keadaan. Terkejut dia. !
Terima kasih sahabat yang prihatin.
Pengalaman pertama dan harap yang terakhir jadi pada Ummi. Sakit sikit penghapus dosa. Dan syukur Allah masih sayang, tiada cacat dan cela yang teruk. Masih boleh berjalan dan beribadat kepadanya. Syukur. Jadi apa Ummi lalui harap jadi pengajaran pada sesiapa sahaja. Rehat jika mengantuk. Kita hidup ini bukan untuk diri sendiri, banyak mata yang menanti kita balik dengan penuh harapan sebagai mak ayah.