
Jenama Sendiri? Ya, tidak mustahil dengan kos yang munasabah!
Sejak terlibat dengan keusahawanan dari tahun 2013, Ummi pernah terfikir nak keluarkan Jenama Sendiri. Namun begitu niat terhenti memandangkan kos untuk keluarkan jenama sendiri adalah mahal. Juga memikirkan teknik marketing juga antara perkara yang perlu di titik beratkan.
Miliki Produk Kosmetik Jenama Sendiri Tidak Mustahil
Namun begitu, semalam bila Ummi hadir ke sidang media Majlis Tandatangan antara Amyra Rosli dan JenamaSendiri.Com di Flora Terrace, Hamspire Place Ummi merasakan untuk seorang usahawan keluarkan produk kosmetik atas Jenama Sendiri bukan lagi satu masalah besar.

JenamaSendiri.Com adalah pelopor dalam industri pembuatan kosmetik dan pengilang NO.1 di Malaysia yang telah hasilkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa. Selepas ini , mereka juga akan mengembangkan lagi sayap perniagaan ke luar negara dengan pembukaan kilangnya ke-3 di China pada tahun 2017.
Pemilihan Amyra Rosli sebagai pengasas bersama adalah untuk menerajui bahagian pemasaran dan promosi di samping memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk tidak lepaskan peluang menceburi bidang keusahawanan kosmetik yang terbukti berkembang maju dan memberikan pendapatan lumayan.
Kos Untuk Mengeluaran Jenama Sendiri
JenamaSendiri.Com juga mengumumkan pakej untuk mengeluarkan produk hanya bermula daripada RM15,000 sehingga RM25,000 sahaja. Yang Ummi paling suka dengar adalah bila Dr Amin berkata :
Dalam tempoh 2 minggu produk boleh disiapakan . Dan paling best , jika seorang usahawan tersebut ambil pakej RM25,000, mereka akan di kenalkan dengan network dalam bidang yang sama.
Untung tu, bukan mudah nak sertai network usahawan-usahawan hebat dengan kos yang rendah. Selain itu, Pengarah JenamaSendiri.com Dr. Amin juga melancarkan Yayasan JenamaSendiri.Com dengan kerjasama MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan NKF (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia) dimana akan memberikan sumbangan bulanan secara tetap kepada kedua pihak ini. Semoga rezeki Dr Amin di perluaskan lagi untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Amyra Rosli merupakan seorag pelakon wanita Malaysia yang terkenal melalui drama Cik Bunga Encik Sombong di stro Ria dan kini popular dengan drama Isteri Tuan Ihsan. Amyra berkahwin dengan pelakon yang berlakon bersamanya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaa Amar Baharin pada 11 November 2016.Populariti Amyra Rosli antara faktor pemilihan beliau sebagai pengasas bersama untuk Projek Kilang Kosmetik Bersama JenamaSendiri.Com.


10 Comments
cik nor
syok kan klu ada jenama sendiri..:)
yanieyusuf
wah seronoknya.. menarik bila ada platform utk buat produk sendiri..
Mazni Azmi
Jenama sendiri hanya untuk penuhi ego sendiri atau menyelesaikan masalah pelanggan?
titan
semua orang nak ada jenama sendiri dah en sekarang eh.
hehe..
Anuar
Adik ipar saya pernah cuba keluarkan produk jenama sendiri.. Dengan kos yang cukup rendah… Tapi gagal..
Bila terbaca artikel ini…. Hmmm… Menarik jugak peluang ni….
Tak der lah mahal sangat nak keluarkan produk kosmetik jenama sendiri…
YB Shehan
15k eh. menarik. moga Allah buka jalan buatku untuk buat biz sndr gak nt.. amin
shiqeen sattar
Not bad kosnya
anazarin
Best kot kalau ada jenama sendiri
Mama Kembar 3
Moga tercapai impian Ummi untuk ada jenama sendiri, Amin
Azwan
Baguslah kalau ramai yang boleh tampil dengan produk jenama sendiri. Yang untungnya pengguna, sebab pilihan bertambah. Kalau saingan semakin besar, harga pun semakin rendah. Asalkan jangan terabai kualiti sudahlah.