Maaf masih lagi excited nak cerita hal anak-anak sekolah. Betul la kan, bila sekolah bukan anak sahaja excited, tapi mak ayah juga. 3 hari berlalu, Along hanya di tinggalkan di pagar sekolah dan berjalan sendirian masuk ke kelas. Abah hanya hantar dan tidak ada istilah menunggu anak di hari pertama sekolah. Dan hari kedua juga sama, hantar dan ambil pada waktunya. Hantar dan jemput anak dari sekolah satu rezeki yang tak semua ibu ayah boleh lakukan . Syukur.

Hari ini hari ke-3 , masih abah yang hantarkan  dan masa balik Ummi yang ambil. Kali pertama Ummi ambil Along dari sekolah baru tahu cabarannya macamana. Ummi kena harungi panas terik lebih kurang 1jam 15 minit untuk sampai ke sekolah Along dari KL. Yer la..mesti ramai yang tanya, awat jauh sangat tu??? Dah rezeki anak pergi sekolah ini, Ummi dengan abah kenalah harungi dan buat sikit pengorbanan.

Cerita tragis jemput anak dari sekolah!

Ceritanya, jam 2petang adalah saat genting di jalan raya. Panas dan perasaan mengantuk menguasai diri. Aduii, nak layan pun dah tak termampu. Akhir pilihan yang ada , Ummi terpaksa singgah di Surau Masjid Tun Hussein Onn dan solat zuhur disana. Punya dok layan wassap geng KBBA9 lepas solat zuhur, Ummi terlelap!!! Letih yang amat mengharungi cuaca terik.

Agaknya-agaknya, Ummi sampai ke kat sekolah Along tepat jam 330petang ? Syukr sangat dalam tidur yang dalam keadaan amat meletihkan ini, rupanya Allah dan malaikat bantu Ummi. Tepat jam 245 petang, Ummi tersedar macam ada yang kejutkan. Walhal, mana ada sembang dengan siapa-siapa nak tidur dan bangun jam sekian-sekian. Syukur sangat yang mengejutkan pastilah Allah swt.

Ummi terjaga , terus pakai tudung dan hala ke motor. Teruskan perjalanan dan syukur dalam jam 305 petang Ummi sampai di depan sekolah Along. Ada van sekolah dan juga mak ayah yang juga menunggu kepulangan anak tersayang. Ummi sedar, dalam keadaan mengantuk bahaya sangat menunggang motorsikal dan juga berada di jalan raya.

Serik sangat tengok ramai excident. Apa yang tragisnya? Tragisnya bila Ummi beberapa kali melelong masa menunggang motor dan hampir langgar divider. Ya Allah , bahaya walau terlelap beberapa saat ini!

Tu sebab, apa juga sekalipun , kalau dah mengantuk walaupun nak sampai satu-satu tempat hanya 15 minit Ummi tetap akan berhenti dan rehat sebentar. Dan Ummi pikir semula awat la aku ni mengantuk yang amat!! Rupanya lupa minum Kopi Pegaga masa keluar tadi! Next time Ummi sendiri akan pastikan kopi pegaga sentiasa dalam ingatan sebelum ambil Along.

Selain membekalkan tenaga , dikatakan Kopi Pegaga Warisan ni mampu membuatkan kulit kita lebih cantik serta menyingkirkan toksin dalam badan ! Mereka yang stress pon digalakkan minum kopi pegaga ni. Mampu melegakan tekanan katanya.

Manis ? Bagi aku tak la. Kalau manis , aku tak minum. Aku memang tak minum sangat 3 in 1 punya kopi. Agak memilih skang ni.. Tapi Kopi Pegaga Warisan , takda isu bagi aku.

Korang yang bekerja di pejabat tu , aku tau.. korang jam 10 gitu mesti dah mengantuk ! Aku syorkan simpan sekotak dua di pejabat. Time mengantuk , kasi minum jer. -Ben Ashaari

Bila dah ambil Along, kami terus balik dan pastila meluru ke dapur cari kopi pegaga. Stok nak bawa office terus Ummi masukkan dalam beg. Tak mau dah lemau seharian!

6 thoughts on “Cerita tragis jemput anak dari sekolah!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *