Peringatan Tentang Mati 

Membaca tentang kematian penumpang bot pagi ini di surat khabar, terasa diri ini masyaAllah, bila-bila masa boleh di ambil oleh Allah swt. Kita tak tahu rahsia kematian kita bila dan di mana. Siapa duga kan. Pesanan diri sendiri juga, biasanya kalau naik bot ini bila bercuti. Bila bercuti ada kala leka seronok sangat. Jadi sebagai peringatan , apa juga dan di mana juga ingati Allah sw sentiasa, kematian boleh berlaku pada bila-bila masa. Kematian ini satu peringatan tentang mati untuk kita juga.

tanjung-dawai

ALOR SETAR: Dua maut manakala lima lagi masih hilang apabila sebuah bot penumpang dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka terbalik kira-kira jam 11 pagi tadi. Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Kedah, tiga daripada mangsa mengalami kecederaan. Masih tidak dapat dipastikan punca bot berkenaan terbalik dan jumlah penumpang yang dibawa ketika kejadian. Sementara itu, Bernama melaporkan, dua penumpang bot mati lemas manakala lima orang lagi terselamat dalam kejadian itu. Bagaimanapun, nasib lima lagi penumpang yang hilang akibat nahas itu belum diketahui. Bot yang membawa 12 penumpang itu dipercayai terbalik selepas mengalami kerosakan enjin. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.38 pagi dan tiba di lokasi 30 minit kemudian. Pada masa ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207520

Milik siapakah mereka? Apakah mereka tercipta begitu saja? Ataukah mereka yang menciptakan diri mereka sendiri?

أَمْ خُلِقُوْا مِنْ غَيْرِ شَيْئٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُوْنَ؟
Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatu ataukah mereka yang menciptakan? (ath-Thuur: 35)

Allah menciptakan kita, memberikan kepada kita kehidupan adalah untuk suatu tujuan dan tidak sia-sia:

أَيَحْسَبُ اْلإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى
Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan sia-sia? (al-Qiyamah: 36)
Berkata Imam Syafi’i (ketika menafsirkan ayat ini): “Makna sia-sia adalah tanpa ada perintah, tanpa ada larangan.” (Tafsirul Qur`anil ‘Azhim, Ibnu Katsir, jilid 4, cet. Maktabah Darus Salam, 1413 H hal. 478)

Jadi manusia hidup tidak sia-sia, mereka memiliki aturan, hukum-hukum, syariat, perintah dan larangan, tidak bebas begitu saja apa yang dia suka dia lakukan, apa yang dia tidak suka dia tinggalkan.


Kehidupan Dunia Hanya Sementara

وَابْتَغِ فِيْمَآ ءَاتَاكَ اللهُ الدَّارَ اْلأَخِرَةَ وَلاَ تَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
Dan carilah dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari duniawi… (al-Qashash: 77)

Hidup ini sementara sahaja. Kadang kita lupa hakikat sebenar hidup adalah selepas kematian. Di dunia ini masa untuk kita berladang dan menuai di akhirat kelak. Siapa setuju ?

Maka, sebagai ingatan untuk kita agar dalam setiap masa kita , hati ini sentiada dekat dan ingat kepada Allah swt. Semoga apa yang baik di akhir itu jadi bekal kepada kita dunia dan akhirat. Di dunia di sanjung di akhirat bahagia. Semoga fokus kepada akhirat di utamakan. Audit diri, audit aurat dan tingkah laku kita. Pesanan untuk diri , anak-anak dan semua yang tersayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *